Thursday, April 23, 2009

Dialog cuaca Klimaks

“Boohoo… Ahmad…. Boohoo…,” Aku terjaga dari tidur apabila medengar namaku dipanggil.. Suara yang nyaring itu mengacau suasana diam di dalam bilik kamarku. Pintu bilik tiba-tiba tertutup dan jendelaku terbuka serta angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku. Aku takut. Suara itu bersambungan. Suara itu seperti kepunyaan arwah ibuku yang baru-baru ini telah dibunuh.
Angin malam yang dingin bertiup sepoi sepoi bahasa membuat bulu roma di belakang tengkukku berdiri tegak. Sambil membiarkan fikiranku menerawang sejenak, tiba-tiba lamunanku terhenti dengan kewujudan bayangan putih di luar tingkap kamarku. “Ish, adakah mataku bermain-main dengan mindaku?” hatiku berkata sendirian.
Lebih baik aku tidur sekarang.
Kepenatanku hilang ditenangkan oleh malam yang sungguh nyaman dan mengerdip cantik. Aku berehat di atas katil sambil didodoi angin malam yang sayu.
“Keceplanng!!!”

Bunyi yang amat kuat itu membuatku tersentak dari tidurku. Kemudian suasana mula berubah. Suasana yang sunyi dan tenang itu mula membuat jantungku berdegup-degup kencang.

“Apa yang pecah agaknya? Mahu kata kakak tetapi aku sahaja di rumah seorang.”bisik hatiku dengan kehairanan. Angin yang kencang menyepak-nyepak mukaku sebaik sahaja aku buka pintu.

“Krreeakk!!” bunyi pintuku yang lama itu memecah sunyi malam.
Surat Rasmi

Permulaan


Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah East Spring dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melawat kampus Universiti Nasional Singapura. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan persatuan kami bagi pelajar-pelajar menengah 4.


Isi

Tujuan lawatan ini adalah untuk …..

Jika diizinkan, kami ….


Akhir sekali kami bercadang untuk …….
lecture
Semoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan semangat untuk kami belajar bagi menempuh peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dan seterusnya menjejakkan kaki di lembah ilmu ini dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti pengalaman di Universiti Nasional nanti akan memberi satu semangat yang tidak ternilai buat kami dan menjadi perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.


Penutup

Surat Permohonan


Saya berharap mudah-mudahan permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan tidak menolak permohonan kami memandangkan hasil lawatan ini pasti dapat memberi manfaat kepada kami. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Atau






Surat Aduan

Semoga aduan kami (pada kali ini) mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi berkunjung ke (kawasan perumahan) kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang (masalah yang terpaksa kami hadapi).

Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday, April 21, 2009

Surat Kiriman(sudah dibaiki)



Muhammad Shazrin Bin Ismadi
Toa Payoh Avenue 4
Blk 187 #O5-410
Singapura 520187

21 April 2009

Pengurus Sistic
Downtown East
Pasir Ris Dr 1


Tuan

Perkara: Aduan atas perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Saya menulis surat ini untuk membuat sebuah aduan atas perkhidmatan di situ yang tidak begitu bagus.
Minggu lalu, saya dan rakan-rakan saya pergi ke Downtown East untuk menonton persembahan David Archuleta yang terkenal. Kami mahu membeli tiket untuk persembahan itu. Kounter tiket itu terletak di luar.Kami cuba beratur untuk membelinya tetapi barisan itu amat panjang sekali.

Saya dapat tahu yang hanya satu kounter tiket yang dibuka.Lagi dua kounter telah tutup.Saya berasa hairan sambil tertanya-tanya mengapa kounter itu tutup apabila persembahannya ialah hari ini dan esok. Kami tidak mahu datang semula ke sini esok kerana kami telah penat datang daripada Toa Payoh ke Pasir Ris. Kedua-dua kounter yang tidak buka telah membuat kesusahan yang terbesar sekali.

Jikalau hanya satu kounter sahaja yang dibuka dan waktu yang menunjukkan persembahan akan bermula tetapi barisan tiket kounter itu masih panjang sekali,boleh menyusahkan orang-orang yang mahu menonton persembahan itu dan memakan masa yang amat banyak.

Saya menulis surat ini kepada tuan supaya tuan berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.Jika tuan membuat perubahan, lama-kelamanya tiada lagi aduan yang akan timbul. Saya akan menunggu balasan daripda tuan. Perhatian yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar

[Muhammad Shazrin Bin Ismadi]



Thursday, April 2, 2009

Hari Persabahatan Antarabangsa






Pada hari ini, kami meluangkan masa dengan rakan-rakan kita


dan mengukapkan kasih sayang kepada mereka.Masa untuk berkawan bersama orang yang berbangsa lain di seluruh dunia.Pada hari ini juga, berbalas-balas hadiah-hadiah seperti bunga,kad,dan bermacam-macam lagi.Tiada banyak kesusasteraan dalam sejarah Persahabatan




Antarabangsa apabila kami menyambut hari itu.


Persahabatan Antara telah dihargai sejak permulaan atas kehidupan manusia di dunia ini.Sekolah kami menyambut hari Persahabatan Antarabangsa ini.Pelajar-pelajar di sekolah kami membuat pertukaran hadiah-hadiah dengan kawan-kawan.


Hadiah-hadiah yang mereka menukarkan ialah kad-kad yang menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.




Pada tahun lalu, sekolah kami mengadakan penyambutan Persahabatan Antarabangsa.


Ada pelajar memberi bunga-bunga kepada guru-guru dan rakan-rakan yang berbangsa lain.




Pada pendapat saya. hari Persahabatan Antarabangsa adalah penting kerana ia boleh menunjukkan bagaimana kami memberi kasih sayang dan penghargaan pada apa yang mereka telah melalukan untuk kita.