Sunday, May 31, 2009

seorang sahabat sejati

Seorang sahabat yang sejati kepada saya ialah Alif. Persahabatan kami begitu erat bak pepatah bagai isi dengan kuku.Alif seorang yang baik hati dan bersabar. Dia gemar menolong orang dan sedemikian, ramai orang suka berkawan bersamanya. Saya telah kenal Alif selama empat tahun sejak sekolah rendah.Sekarang di sekolah menengah, Alif masih kawan sedarjah saya. Dia tetap orang yang sama. Dia telah menolong saya dalam bahasa melayu untuk peringkat 'o'.

Apabila saya mendapat markah peperiksaan tengah tahun, saya terkejut kerana saya telah gagal dalam bahasa melayu saya dalam markah begitu rendah sekali iaitu 35 peratus. Apabila saya mengetahui atas kegagalan saya, saya berasa begitu hampa dan sedih sekali. Bahasa Melayu adalah salah satu subjek yang dikatakan senang juga tetapi saya tidak tahu mengapa saya telah gagal untuk subjek itu.

"Bagaimana keputusan kau, Shaz?" Alif menanya saya.

"Aku gagal teruk, Alif" saya menjawab dengan perasaan begitu kecewa.

Alif tidak menyangka bahawa keputusan yang saya dapat begitu teruk. Alif berasa simpati untuk saya. Peperiksaan peringkat 'o' akan datang dalam dua minggu kemudian. Saya sedang berasa begitu tidak ada harapan untuk bahasa melayu peringkat 'o'. Saya jugak berasa malu kerana saya sendiri orang melayu dan juga bercakap menggunakan bahasa melayu tetapi gagal dalam peperiksaan. Saya berseorang sahaja di kelas yang gagal peperiksaan bahasa melayu saya.
Alif cuba membantu saya.

Setiap hari dia akan membawa saya ke perpustakaan serantau untuk membaca buku-buku melayu. Setiap buku yang saya harus membaca, Alif memastikan bahawa saya ada kamus di sebelah saya supaya saya boleh mencari apa-apa sahaja perbendaharaan kata yang payah di dalam kamus. Ini boleh menaikan bahasa saya. Saya terfikir-fikir kerana Alif bersungguh-sungguh menolong saya dengan penuh ihklas. Saya tidak pernah mengadakan kawan yang begitu rapat sekali dalam hidup saya.

Apabila peperiksaan peringkat 'o' telah tiba, saya berasa takut sedikit dan jugak keyakinan setelah belajar keras untuknya. Apabila saya mendapat kertas soalannya, saya melihat soalan-soalannya dan saya dapat membuat mereka. Soalan-soalannya tidak begitu payah berbanding dengan kertas dari sekolah saya. Beberapa bulan kemudian, kami semua mendapat keputusan kami masing-masing. Saya berasa amat gelisah dan saya berharap saya membuat dengan begitu baik dan jugak lulus.

Apabila nama saya dipanggil oleh Cikgu Marina untuk giliran saya, saya terperanjat apabila terlihat kelihatan wajah Cikgu Marina.

"Adakah itu berita baik atau tidak?'' saya terfikir-fikir di dalam kepala saya.

Perkataan yang terkeluar dari mulut Cikgu Marina ialah tahniah. Saya terkejut dan hati saya mula lega sedikit kerana saya mendapat A1 untuk bahasa melayu saya dan juga dapat 10 jumlah 'o' level markah. Saya berasa amat gembira sekali dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Alif kerana dia telah menolong saya dengan ihklas dan bersabar atas pelajaran saya. Dia adalah seorang sahabat sejati.

Individu yang saya kagumi

Robin Van Persie seorang pemain bola-sepak yang terkenal. Dia orang belanda yang mewakili kelab Arsenal FC pada tahun 2004.Dia bermain sebagai penyerang dan jugak pemain sayap.Beliau ialah individu yang saya kagumi. Semasa beliau kecil lagi, beliau digalakkan untuk melibatkan diri dalam kesenian seperti ibubapanya.Ibunya seorang pelukis dan bapanya bekerja sebagai pemahat.Dia tinggal bersama ibubapanya dan dua adik perempuan,Lilly dan Kiki. Dia digalakkan membuat demikian tetapi ditarik dengan bermain bola-sepak sebagai ganti.

Pada mulanya, keluarganya begitu miskin kerana gaji ibubapanya tidak mencukupi untuk keluarga dan barang-barang dapur.Robin Van Persie tidak mempunyai bakat untuk melukis berbanding dengan ibubapanya dan adik-adiknya. Walaubagaimanapun, beliau tetap mencari sesuatu yang beliau boleh buat iaitu bermain bola-sepak.Semenjak beliau berusia sepuluh tahun,beliau gemar bermain bola-sepak bersama kawan-kawannya di sekolah dan dia asyik menjaringkan semua gol untuk pasukannya.

Impian Robin Van Persie ialah menjadi bola-sepak yang terbaik dan terkenal.Apabila bapanya memperhatikan bakat anaknya itu, dia cuba membantu impiannya menjadi betul dengan memasukkan anaknya dalam kelab belia SBV Excelsior pada tahun 2001.

Kelama-lamanya, apabila beliau berusia 17, beliau menandatangani kontrak yang diberi oleh kelab Feyernoord. Beliau mendapat kemunculan buat pertama kalinya di kelab Feyernoord
dan menerima anugerah dalam Pemain Muda Yang Terbaik pada akhir musim 2001-2002.
Bapanya bangga atas kejayaan anaknya itu. Pada tahun 2004, Kelab Arsenal memberi peluang kepada Robin Van Persie untuk memasuk kelab tersebut.Kelab Arsenal adalah salah satu kelab yang terbesar dan terkenal. Kelab Manchester United, Chelsea dan Liverpool juga kelab-kelab yang terbesar.

Apabila beliau diberitahu yang gajinya dalam £2.75 juta, beliau terima kontrak itu kerana duit itu amat terbesar dan cukupi untuk keluarganya. Gajinya amat besar berbanding dengan gaji bapanya. Beliau seorang penyanyang dan bersabar terhadap ahli keluarganya, terutamanya ibubapanya.Pengurus kelab Arsenal, Arsene Wenger menukarkan Robin Van Persie dari pemain sayap ke penyerang. Beliau dapat menjaringkan 11 gol dalam 15 perlawanan. Beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik dalam bulan itu. Pada tahun 2003-2004, Kelab Arsenal telah menang juara dalam liga terutama Inggeris. Robin Van Persie telah menyumbangkan banyak gols untuk Kelab Arsenal FC.

Daripada anak yang digalakkan untuk memasuki kesenian hingga ke anak yang menjadi pemain bola-sepak yang kaya dan terkenal. Impiannya telah menjadi betul. Ini adalah sebab-sebab saya mengkagumkan Robin Van Persie dan dia seorang yang penuh kejayaan.

Thursday, May 28, 2009

Suatu insiden yang menyakinkan saya tentang kebenaran nasihat yang diberi

"Mak, Aznil nak pergi keluar sekejap ngan kawan." saya meminta izin dari ibunya.

"Jangan balik lambat ya," ibunya berkata.

Saya, anak yang keseorangan sahaja,keluar bersama kawan-kawan saya untuk mengeluangkan masa pada hujung minggu.Saya selalu berseorangan sahaja di rumah dan kedua-dua ibu bapa saya berkerja dua belas jam.Saya sering berasa bosan duduk di rumah,tiada sesautu yang menarik untuk saya dilakukan.Setiap hujung minggu, kawan-kawan saya akan menelefon saya mengajaknya kelaur bersama-sama.Ibunya sering membenarkan saya keluar kerana ibu saya memahami keadaan saya yang bosan itu dan mahu membuat saya berasa gembira.

Pada minggu ini, salah seorang kawan saya bernama Jazli mengajak saya duduk di bawah blok mengambil angin di udara. Tiba-tiba,ada sekumpulan remaja ini berjalan ke arah kami lalu bertengking kepada Jazli. Lelaki kumpulan itu bernama Fendi, dia adalah kawan sekolah Jazli dahulu tetapi mereka berdua berpisah persahabatan mereka atas pelbagai pergaduhan.Saya berasa marah kerana saya dan kawan-kawan saya tidak membuat apa-apa kesalahan.

Fendi dan kawan-kawannya mengeluarkan bat kricket, botol kaca, pisau lipat dan gunting lalu menunjukkan apa-apa sahaja persenjataan mereka ke arah muka kami.Kami tercengang kerana mereka tiba-tiba datang ke kami dan bertengking kepada kami.Selepas itu, Fendi mula bertengking kepada kami menuduhkan kami atas menghentamkan dua ahli kumpulan mereka.
Hakikat yang sebenar ialah minggu yang lepas, saya tidak bersama-samaan dengan mereka,Jazli membawa lagi lima ahli kumulannya menghentam dua anggota Fendi oleh sebab balasan dendam.

Sekarang, Fendi datang membawa sepuluh anggota kumpulan mengejar kami.Kami tidak mempunyai senjata.Oleh yang demikian, kami cuma hanya boleh melarikan diri sahaja.Saya berlari pulang rumah. Semasa berlari, saya tersandung lalu jatuh.Salah satu anggota yang mengejarkan saya, dapat menumbuk saya tetapi dalam beberapa saat saya dapat mempertahankan diri saya dan menolak dia lalu menyambung lari pulang rumah.

Nasib baik saya, saya dapat melepaskan diri dari lelaki tadi itu. Saya mengambil ais dibalut dengan kain untuk meletakkan di lebam-lebam saya. Ibu saya kemudian pulang dan dia terkejut apabila ternampak keadaan saya ini. Ibu menanya saya atas ape yang terjadi tadi dan saya pun menceritakan kepadanya.

Ibu menasihati saya supaya saya tidak akan bergaul dengan kawan-kawan begini.Saya membatal nasihat ibu kerana mereka adalah hanya kawan-kawan yang saya ada.Ibu menyuruh saya berkawana dengan orang lain tetapi saya tidak mengendahkannya lalu terus masuk ke bilik saya.

Keesokan harinya, setelah ibu bapa saya telah meninggalkan rumah, saya berjumpe dengan kawan-kawan saya lagi.Kali ini, kami telah bersedia dengan senjata dengar lebih kuat.Kami pergi mencari mereka.Setelah berusaha mencari mereka,kami berlari menuju ke arah mereka dan terus menghentam mereka.

Seorang makcik sedang berjalan dan ternampak pergaduhan terjadi lalu dier menelefon polis.Kami tidak perasaan yang makcik itu menelefon polis.Kemudia, polis pun tiba.Ada yang dapat melarikan diri tapi saya gagal kerana saya dapat dikejar oleh dua pegawai polis yang mengekori saya tadi.Ibu bapa saya diberitahu tentang perkara ini.Saya berasa menyesal kerana saya tidak mendengar nasihat ibu semalam dan jika saya membuat demikian, saya mungkin tidak dalam keadaan begini.

Wednesday, May 27, 2009

Suatu percutian yang berakhir dengan sebuah tragedi

Perasaan dengan penuh kegembiraan dari masing-masing untuk ke Indonesia pada bulan jun ini.Kali ini, kami sekeluarga bercuti di Indonesia.Indonesia mempunyai pelbagai tempat yang menarik.Kami telah menunggu selama dua tahun dan sekarang kami baru dapat bercuti di Indonesia.Saya tidak sabar kerana barang-barang yang dijual di satu agak murah jika berbeza harga barang-barang di Singapura.

Apabila hari untuk bergerak telah tiba, kami ke Lapangan Terbang dan terus bergerak ke Indonesia.Keadaan di atas langit amat indah sekali dan cuaca tidak begitu panas dan terang. Apabila kami mula sampai Indonesia, permandangan bawah dari kapal terbang amat cantik sekali.Selepas itu, kami mendapatkan bilik hotel dan siap untuk membeli-belah di Pusat Membeli-Belah terbesar di Indonesia.Banyak benda berjenama dijual di situ dalam harga yang amat murah sekali.

Semasa saya berada di dalam kedai kasut berjenama Adidas, saya terasa bergoyang jika seseorang menolak saya depan belakang.Saya berasa mabuk dan segera ke ibubapa saya dan memberitahu mereka.Sebenarnya, itu adalah gempa bumi yang tidak begitu kuat sangat. Kami mendengar bunyian sebuah siren yang kuat sekali.Ia menyatakan yang ada masalah yang terjadi di Indonesia. Kami dengan segera pulang ke hotel kami. Semasa berjalan ke hotel, kami terdengar jeritan orang yang dalam ketakutan.Saya memandang ke belakang dan ternampak gombak yang terbesar sekali iaitu Tsunami.Kami terus lari pulang tetapi gombak itu mendatan ke arah kami dengan laju.Sedang berlari, ayah saya terjatuh terpijak sebuah mainan kecil dan buku kakinya terpelecut dengan ayah menjerit dalam kesakitan.

Kami cuba memikul atau menyeret ayah pulak tetapi gombak itu begitu laju dan melanda kami dan semua ahli keluarga saya telah dipisah oleh gombak itu.Saya dapat memegang tangan adik saya lalu menariknya ke tempat yang kering dan tinggi dari air banjiran itu.Ibu saya juga dapat memegang sesuatu untuk mempertahankan diri.Saya tidak dapat jumpa ayah saya.Tiba-tiba saya ternampak sebuah badan mayat terapung-apung di atas air.Saya tidak tau itu siapa dan apabila badan itu semakin dekat ngan saya, saya terkejut dan hati saya terus terjatuh kerana ternampak ayah saya adalah orang yang terapung-apung di atas air banjir itu.Itu menujukkan ayah saya telah mati lemas.

Saya mengangis dalam penuh kesedihan.Percutian ini sepatutnya menarik tetapi kali ini tidak begitu nasib kerana ayah saya telah mati lemas disebabkan dia tidak boleh berenang apabila kakinya terpelecut dan susah berjalan dan berenang.Ini lah satu percutian saya yang berakhir denga sebuah tragedi.

Tuesday, May 26, 2009

Satu peristiwa yang mengubah hidup saya

Ada suatu peristiwa yang selalu tidak boleh dilupakan di kepala otak saya. Peristiwa ini telah mengubah hidup saya.Sebelum arwah datuk meninggal dunia, saya seorang budak lelaki yang amat nakal sekali dan saya sering membuat apa-apa sahaja masalah yang melibatkan seluruh keluarga.Saya kebanyakannya menyusahkan keluarga saya.Saya sering dimarah oleh datuk saya.

Pada suatu hari, datuk saya sedang membaca suratkhabar di rumah dan tiba-tiba dia menghadapi strok lalu nenek saya dengan segera menelefon ambulans.Datuk saya dihantar ke hospital. Saya berada di rumah bermain bersama adik-adik saya dan kemudian,terdapat berita tentang datuk saya yang sedang berada di hospital disebabkan oleh strok. Dia sedang berada operasi oleh doktor-doktor.

Beberapa minit kemudian, kami mendapat berita yang amat merawankan, dari doktor.Kami diberitahu yang datuk tidak berjaya hidup begitu lama, sekira-kiranya lagi 2 atau 3 hari.Apabila kami dengar berita ini, hati saya mula terkejut. Kami ke wad datuk kami.Tiba-tiba, datuk saya memanggil saya kerana dia mahu memberitahu sesuatu kepada saya.

"Kau mesti jadi anak yang berbudi bahasa dan mesti jaga adik-adik kau itu.Mereka masih kecil lagi.Kau mestilah menjadi sebagai contoh kepada adik-adik kau itu.Belajar rajin-rajin supaya ibu bapa kau berasa bangga atas kejayaan kau.Bila Tok tidak ada lagi,bolehkah kau tolong Tok buat apa saya cakap tadi?" kata datuk saya.

"Saya akan menolong Tok membuat ini semua.Saya berjanji." saya menjawab dengan perasaan yang amat sedih sekali lalu air mata terkeluar, bermula untuk menangis.

Saya memberi salam kepada datuk saya dan meminta maaf atas semua keburukan dan kesalahan saya yang menyusahkan hidup datuk.Dalam beberapa minit kemudian, datuk tidak bernafas lagi dan saya masih memegang tangan datuk saya.Saya berasa amat sedih sekali lalu menangis.

Saya tidak memutuskan penjanjian saya kepada datuk dan selepas itu,hidup saya berubah.Saya dapat menjaga adik-adik saya dengan betul dan mendapat cemerlang dalam peperiksaan saya.Perangai yang nakal itu telah hilang dan baik hati dan berbudi bahasa yang saya telah mempunyai.Sejak peristiwa ini, ia telah mengubah hidup saya.

Kertas Jawapan untuk GCE 'O' Level


Kertas So...doc (60.4 KB), Jawapan K...doc (60.4 KB),----Latihan 31

Kertas So...doc (56.3 KB), Jawapan K...doc (53.3 KB),
----Latihan 32

Kertas So...doc (58.9 KB), Jawapan K...doc (56.6 KB), ----Latihan 33

Kertas So...doc (71.6 KB), Jawapan K...doc (55.5 KB), ----Latihan 34

Kertas So...doc (63.4 KB), Jawapan K...doc (55.1 KB) ----Latihan 35