Sunday, May 31, 2009

seorang sahabat sejati

Seorang sahabat yang sejati kepada saya ialah Alif. Persahabatan kami begitu erat bak pepatah bagai isi dengan kuku.Alif seorang yang baik hati dan bersabar. Dia gemar menolong orang dan sedemikian, ramai orang suka berkawan bersamanya. Saya telah kenal Alif selama empat tahun sejak sekolah rendah.Sekarang di sekolah menengah, Alif masih kawan sedarjah saya. Dia tetap orang yang sama. Dia telah menolong saya dalam bahasa melayu untuk peringkat 'o'.

Apabila saya mendapat markah peperiksaan tengah tahun, saya terkejut kerana saya telah gagal dalam bahasa melayu saya dalam markah begitu rendah sekali iaitu 35 peratus. Apabila saya mengetahui atas kegagalan saya, saya berasa begitu hampa dan sedih sekali. Bahasa Melayu adalah salah satu subjek yang dikatakan senang juga tetapi saya tidak tahu mengapa saya telah gagal untuk subjek itu.

"Bagaimana keputusan kau, Shaz?" Alif menanya saya.

"Aku gagal teruk, Alif" saya menjawab dengan perasaan begitu kecewa.

Alif tidak menyangka bahawa keputusan yang saya dapat begitu teruk. Alif berasa simpati untuk saya. Peperiksaan peringkat 'o' akan datang dalam dua minggu kemudian. Saya sedang berasa begitu tidak ada harapan untuk bahasa melayu peringkat 'o'. Saya jugak berasa malu kerana saya sendiri orang melayu dan juga bercakap menggunakan bahasa melayu tetapi gagal dalam peperiksaan. Saya berseorang sahaja di kelas yang gagal peperiksaan bahasa melayu saya.
Alif cuba membantu saya.

Setiap hari dia akan membawa saya ke perpustakaan serantau untuk membaca buku-buku melayu. Setiap buku yang saya harus membaca, Alif memastikan bahawa saya ada kamus di sebelah saya supaya saya boleh mencari apa-apa sahaja perbendaharaan kata yang payah di dalam kamus. Ini boleh menaikan bahasa saya. Saya terfikir-fikir kerana Alif bersungguh-sungguh menolong saya dengan penuh ihklas. Saya tidak pernah mengadakan kawan yang begitu rapat sekali dalam hidup saya.

Apabila peperiksaan peringkat 'o' telah tiba, saya berasa takut sedikit dan jugak keyakinan setelah belajar keras untuknya. Apabila saya mendapat kertas soalannya, saya melihat soalan-soalannya dan saya dapat membuat mereka. Soalan-soalannya tidak begitu payah berbanding dengan kertas dari sekolah saya. Beberapa bulan kemudian, kami semua mendapat keputusan kami masing-masing. Saya berasa amat gelisah dan saya berharap saya membuat dengan begitu baik dan jugak lulus.

Apabila nama saya dipanggil oleh Cikgu Marina untuk giliran saya, saya terperanjat apabila terlihat kelihatan wajah Cikgu Marina.

"Adakah itu berita baik atau tidak?'' saya terfikir-fikir di dalam kepala saya.

Perkataan yang terkeluar dari mulut Cikgu Marina ialah tahniah. Saya terkejut dan hati saya mula lega sedikit kerana saya mendapat A1 untuk bahasa melayu saya dan juga dapat 10 jumlah 'o' level markah. Saya berasa amat gembira sekali dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Alif kerana dia telah menolong saya dengan ihklas dan bersabar atas pelajaran saya. Dia adalah seorang sahabat sejati.

No comments:

Post a Comment