Tuesday, May 26, 2009

Satu peristiwa yang mengubah hidup saya

Ada suatu peristiwa yang selalu tidak boleh dilupakan di kepala otak saya. Peristiwa ini telah mengubah hidup saya.Sebelum arwah datuk meninggal dunia, saya seorang budak lelaki yang amat nakal sekali dan saya sering membuat apa-apa sahaja masalah yang melibatkan seluruh keluarga.Saya kebanyakannya menyusahkan keluarga saya.Saya sering dimarah oleh datuk saya.

Pada suatu hari, datuk saya sedang membaca suratkhabar di rumah dan tiba-tiba dia menghadapi strok lalu nenek saya dengan segera menelefon ambulans.Datuk saya dihantar ke hospital. Saya berada di rumah bermain bersama adik-adik saya dan kemudian,terdapat berita tentang datuk saya yang sedang berada di hospital disebabkan oleh strok. Dia sedang berada operasi oleh doktor-doktor.

Beberapa minit kemudian, kami mendapat berita yang amat merawankan, dari doktor.Kami diberitahu yang datuk tidak berjaya hidup begitu lama, sekira-kiranya lagi 2 atau 3 hari.Apabila kami dengar berita ini, hati saya mula terkejut. Kami ke wad datuk kami.Tiba-tiba, datuk saya memanggil saya kerana dia mahu memberitahu sesuatu kepada saya.

"Kau mesti jadi anak yang berbudi bahasa dan mesti jaga adik-adik kau itu.Mereka masih kecil lagi.Kau mestilah menjadi sebagai contoh kepada adik-adik kau itu.Belajar rajin-rajin supaya ibu bapa kau berasa bangga atas kejayaan kau.Bila Tok tidak ada lagi,bolehkah kau tolong Tok buat apa saya cakap tadi?" kata datuk saya.

"Saya akan menolong Tok membuat ini semua.Saya berjanji." saya menjawab dengan perasaan yang amat sedih sekali lalu air mata terkeluar, bermula untuk menangis.

Saya memberi salam kepada datuk saya dan meminta maaf atas semua keburukan dan kesalahan saya yang menyusahkan hidup datuk.Dalam beberapa minit kemudian, datuk tidak bernafas lagi dan saya masih memegang tangan datuk saya.Saya berasa amat sedih sekali lalu menangis.

Saya tidak memutuskan penjanjian saya kepada datuk dan selepas itu,hidup saya berubah.Saya dapat menjaga adik-adik saya dengan betul dan mendapat cemerlang dalam peperiksaan saya.Perangai yang nakal itu telah hilang dan baik hati dan berbudi bahasa yang saya telah mempunyai.Sejak peristiwa ini, ia telah mengubah hidup saya.

No comments:

Post a Comment