Thursday, May 28, 2009

Suatu insiden yang menyakinkan saya tentang kebenaran nasihat yang diberi

"Mak, Aznil nak pergi keluar sekejap ngan kawan." saya meminta izin dari ibunya.

"Jangan balik lambat ya," ibunya berkata.

Saya, anak yang keseorangan sahaja,keluar bersama kawan-kawan saya untuk mengeluangkan masa pada hujung minggu.Saya selalu berseorangan sahaja di rumah dan kedua-dua ibu bapa saya berkerja dua belas jam.Saya sering berasa bosan duduk di rumah,tiada sesautu yang menarik untuk saya dilakukan.Setiap hujung minggu, kawan-kawan saya akan menelefon saya mengajaknya kelaur bersama-sama.Ibunya sering membenarkan saya keluar kerana ibu saya memahami keadaan saya yang bosan itu dan mahu membuat saya berasa gembira.

Pada minggu ini, salah seorang kawan saya bernama Jazli mengajak saya duduk di bawah blok mengambil angin di udara. Tiba-tiba,ada sekumpulan remaja ini berjalan ke arah kami lalu bertengking kepada Jazli. Lelaki kumpulan itu bernama Fendi, dia adalah kawan sekolah Jazli dahulu tetapi mereka berdua berpisah persahabatan mereka atas pelbagai pergaduhan.Saya berasa marah kerana saya dan kawan-kawan saya tidak membuat apa-apa kesalahan.

Fendi dan kawan-kawannya mengeluarkan bat kricket, botol kaca, pisau lipat dan gunting lalu menunjukkan apa-apa sahaja persenjataan mereka ke arah muka kami.Kami tercengang kerana mereka tiba-tiba datang ke kami dan bertengking kepada kami.Selepas itu, Fendi mula bertengking kepada kami menuduhkan kami atas menghentamkan dua ahli kumpulan mereka.
Hakikat yang sebenar ialah minggu yang lepas, saya tidak bersama-samaan dengan mereka,Jazli membawa lagi lima ahli kumulannya menghentam dua anggota Fendi oleh sebab balasan dendam.

Sekarang, Fendi datang membawa sepuluh anggota kumpulan mengejar kami.Kami tidak mempunyai senjata.Oleh yang demikian, kami cuma hanya boleh melarikan diri sahaja.Saya berlari pulang rumah. Semasa berlari, saya tersandung lalu jatuh.Salah satu anggota yang mengejarkan saya, dapat menumbuk saya tetapi dalam beberapa saat saya dapat mempertahankan diri saya dan menolak dia lalu menyambung lari pulang rumah.

Nasib baik saya, saya dapat melepaskan diri dari lelaki tadi itu. Saya mengambil ais dibalut dengan kain untuk meletakkan di lebam-lebam saya. Ibu saya kemudian pulang dan dia terkejut apabila ternampak keadaan saya ini. Ibu menanya saya atas ape yang terjadi tadi dan saya pun menceritakan kepadanya.

Ibu menasihati saya supaya saya tidak akan bergaul dengan kawan-kawan begini.Saya membatal nasihat ibu kerana mereka adalah hanya kawan-kawan yang saya ada.Ibu menyuruh saya berkawana dengan orang lain tetapi saya tidak mengendahkannya lalu terus masuk ke bilik saya.

Keesokan harinya, setelah ibu bapa saya telah meninggalkan rumah, saya berjumpe dengan kawan-kawan saya lagi.Kali ini, kami telah bersedia dengan senjata dengar lebih kuat.Kami pergi mencari mereka.Setelah berusaha mencari mereka,kami berlari menuju ke arah mereka dan terus menghentam mereka.

Seorang makcik sedang berjalan dan ternampak pergaduhan terjadi lalu dier menelefon polis.Kami tidak perasaan yang makcik itu menelefon polis.Kemudia, polis pun tiba.Ada yang dapat melarikan diri tapi saya gagal kerana saya dapat dikejar oleh dua pegawai polis yang mengekori saya tadi.Ibu bapa saya diberitahu tentang perkara ini.Saya berasa menyesal kerana saya tidak mendengar nasihat ibu semalam dan jika saya membuat demikian, saya mungkin tidak dalam keadaan begini.

No comments:

Post a Comment