Sunday, May 31, 2009

Individu yang saya kagumi

Robin Van Persie seorang pemain bola-sepak yang terkenal. Dia orang belanda yang mewakili kelab Arsenal FC pada tahun 2004.Dia bermain sebagai penyerang dan jugak pemain sayap.Beliau ialah individu yang saya kagumi. Semasa beliau kecil lagi, beliau digalakkan untuk melibatkan diri dalam kesenian seperti ibubapanya.Ibunya seorang pelukis dan bapanya bekerja sebagai pemahat.Dia tinggal bersama ibubapanya dan dua adik perempuan,Lilly dan Kiki. Dia digalakkan membuat demikian tetapi ditarik dengan bermain bola-sepak sebagai ganti.

Pada mulanya, keluarganya begitu miskin kerana gaji ibubapanya tidak mencukupi untuk keluarga dan barang-barang dapur.Robin Van Persie tidak mempunyai bakat untuk melukis berbanding dengan ibubapanya dan adik-adiknya. Walaubagaimanapun, beliau tetap mencari sesuatu yang beliau boleh buat iaitu bermain bola-sepak.Semenjak beliau berusia sepuluh tahun,beliau gemar bermain bola-sepak bersama kawan-kawannya di sekolah dan dia asyik menjaringkan semua gol untuk pasukannya.

Impian Robin Van Persie ialah menjadi bola-sepak yang terbaik dan terkenal.Apabila bapanya memperhatikan bakat anaknya itu, dia cuba membantu impiannya menjadi betul dengan memasukkan anaknya dalam kelab belia SBV Excelsior pada tahun 2001.

Kelama-lamanya, apabila beliau berusia 17, beliau menandatangani kontrak yang diberi oleh kelab Feyernoord. Beliau mendapat kemunculan buat pertama kalinya di kelab Feyernoord
dan menerima anugerah dalam Pemain Muda Yang Terbaik pada akhir musim 2001-2002.
Bapanya bangga atas kejayaan anaknya itu. Pada tahun 2004, Kelab Arsenal memberi peluang kepada Robin Van Persie untuk memasuk kelab tersebut.Kelab Arsenal adalah salah satu kelab yang terbesar dan terkenal. Kelab Manchester United, Chelsea dan Liverpool juga kelab-kelab yang terbesar.

Apabila beliau diberitahu yang gajinya dalam £2.75 juta, beliau terima kontrak itu kerana duit itu amat terbesar dan cukupi untuk keluarganya. Gajinya amat besar berbanding dengan gaji bapanya. Beliau seorang penyanyang dan bersabar terhadap ahli keluarganya, terutamanya ibubapanya.Pengurus kelab Arsenal, Arsene Wenger menukarkan Robin Van Persie dari pemain sayap ke penyerang. Beliau dapat menjaringkan 11 gol dalam 15 perlawanan. Beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik dalam bulan itu. Pada tahun 2003-2004, Kelab Arsenal telah menang juara dalam liga terutama Inggeris. Robin Van Persie telah menyumbangkan banyak gols untuk Kelab Arsenal FC.

Daripada anak yang digalakkan untuk memasuki kesenian hingga ke anak yang menjadi pemain bola-sepak yang kaya dan terkenal. Impiannya telah menjadi betul. Ini adalah sebab-sebab saya mengkagumkan Robin Van Persie dan dia seorang yang penuh kejayaan.

No comments:

Post a Comment