Tuesday, August 18, 2009

Perasaan apabila menunggu untuk mengambil keputusan peperiksaan peringkat 'o'

Saya berasa amat gelisah apabila masanya untuk mendapat keputusan peperiksaan peringkat 'o' bahasa melayu. Saya selalu lemah dalam bahasa melayu dan mendapatkan gred seperti C6 dan C5. Peperiksaan peringkat 'o' begitu penting sekali kerana ia boleh membawa perjalanan hidup saya. Jika keputusan saya tidak begitu memuaskan, saya akan mengambil semula peperiksaan itu.Saya berharap mendapat keputusan yang baik supaya saya tidak perlu mengambil lagi peperiksaan dan saya boleh belajar untuk subjek yang lain.

Wednesday, August 12, 2009

~Khairunnisa 4e3~

PENDAHULUAN
-Aku mendapat panggillan daripada Amin.
-Nada suaranya yang kuat dan gementar itu membuat aku prihatin
-Amin menceritakan tentang keluarganya yang sedang menghadapi masalah.
-Ibu dan bapa Amin sering bergaduh dan sedang berpikir tentang jalan keluar daripada penderitaan mereka,iaitu,penceraian.
-aku dengan tiba tiba mengimbas kembali tentang keluarga aku yang kini sudah berpecah.
-Suara ibu bapa aku yang sedang bertengkar terngiang-ngiang di telinga aku.

PERKEMBANGAN
-Ibu dan bapa memang tidak bahagia dalam rumah tangga mereka itu.
-Sebagai anak sulung,aku berusaha untuk menyatukkan keluarga aku itu,kembali.
-Tetapi aku gagal.
-Ibu dan bapa bercerai dengan cara tidak baik.
-Mereka bertengkar dengan berterusan tentang siapa yang akan menjaga anak-anak.
-Aku dan adik amat keliru.

KONFLIK
-Tahap pertabahan aku sudah ke puncak.
-Aku tidak mahu kedua-dua orang yang amat aku sayangi bergaduh kerana aku.
-Aku mementa pertolonggan daripada makcik aku.
-Aku amat keliru.aku sayang kedua-dua mereka.
-Aku tidak mahu memilih siapa yang aku hendak ikut.
-Pertengkaran antara ibu dan bapa membuat aku binggit.
-Aku membuat keputusan untuk tinggal bersama makcik.
-Ibu dan bapa amat marah apabila mendapat tahu keputusan aku.

KLIMAX
-Sejak itu,mereka tidak berbual dengan aku.
-Perangai mereka yang panas baran itu telah mengasingkan keluarga kami
-Mereka juga tidak berkomunikasi bersama makcik aku.
-Sudah 3 tahun aku tidak berjumpa dengan mereka.
-Penceraian telah memecahkan keluarga kami.

PENUTUP
-‘’EH! Kau dengar tak apa aku katakan ni?!’’,Amin mengejutkan aku daripada lamunan.
-Aku mula memberi pertolongan secara nasihat.
-Supaya keluarga mereka usaha untuk berbaik semula kerana, keluarga adalah paling penting dalam hidup kita ini.
-Penceraian boleh memusnahkan perhubungan erat keluarga kita.
-Amin harus berusaha untuk menyatukan ibu dan bapa dia semula.
-Supaya dia tidakla menjadi seperti aku.

Tuesday, August 11, 2009

~Shazrin 4e3~

  • Sedang berjalan bersama kawan-kawanku di tepi pantai untuk mengambil angin.
  • Aku ternampak sebuah keluarga sedang bersoronok berkelah di pantai.
  • Mereka bermain layang-layang bersama-sama dengan penuh kegembiraan.
  • Titisan air jernih jatuh bergugurandari sudut mataku, mengingatkan peristiwa yang terjadi pada dua tahun lalu. Aku merindui kedua-dua nenek dan datukku sejak kehilangan mereka dua tahun lalu.
  • Aku tidak menghiraukan nasihat datukku kerana dia pernah menasihatiku supaya tidak mengikuti persilapan yang sama sepertinya apabila dia berumur 14 tahun.
  • Aku tetap degil dan tidak mendengar nasihatnya.
  • Perangaiku tetap sama hingga aku ke menengah 4.
  • Pada permulaan tahun itu, aku terkejut apabila diketahui yang datukku sedang berada di hospital kerana dia mengalami penyakit strok disebabkan merokok iaitu amat menagihkan ramai.
  • Aku berasa menyesal kerana aku telah membuang seluruh hidup persekolahan menengah ku selama 3 tahun. Aku tidak menghiraukan nasihat datukku kerana dia pernah menasihatiku supaya tidak mengikuti persilapan yang sama sepertinya apabila dia berumur 14 tahun.
  • Aku tetap degil dan tidak mendengar nasihatnya.
  • Perangaiku tetap sama hingga aku ke menengah 4.
  • Pada permulaan tahun itu, aku terkejut apabila diketahui yang datukku sedang berada di hospital kerana dia mengalami penyakit strok disebabkan merokok iaitu amat menagihkan ramai. Aku berasa menyesal kerana aku telah membuang seluruh hidup persekolahan menengah ku selama 3 tahun.
  • Aku berasa menyesal kerana aku telah membuang seluruh hidup persekolahan menengah ku selama 3 tahun.
  • Aku segera ke hospital untuk melawatnya.
  • Aku memegang tangan datukku dan meminta maaf kerana tidak mahu mendengarkan nasihatnya.
  • Memberitahunya yang aku telah mempelajari kesalahan aku dan aku berjanji akan selalu mendengar nasihatnya.
  • Datukku menyuruh aku belajar rajin-rajin supaya aku boleh mencapai cita-citaku dan mendapat kerja yang baik dan sempurna untuk mendapat wang yang cukupi untuk hidupku. Lima belas minit kemudian, badan datukku semakin lemah sekali lalu meninggal dunia.
  • Air mataku jatuh membasahi pipiku yang gebu apabila datukku yang ku sayangi telah meninggal dunia.
  • Apabila aku pulang ke rumah, aku ternampak nenekku terlentang di atas lantai.
  • Aku menelefon ambulans dan tiba beberapa minit kemudian. Nenekku mengalami penyakit kelemahan hati sejak tahun lalu.
  • Doktor memberitahu yang nenekku akan tahan hanya kurang dari 1 minggu.
  • Aku berikrar tidak membuat perkara yang tidak berfaedah lagi dan membuat perkara yang baik untuk membanggakan kedua-dua nenek dan datukku.
  • Seminggu kemudian, nenekku meninggal dunia dan aku berasa amat sedih sekali kerana aku telah hilang kedua-dua orang tua yang aku sayangi.
  • Aku mula belajar rajin dengan penuh semangat pada tahun ini. Pada tahun ini, aku telah mendapat mata pelajaran yang cemerlang dan mendapat lapan mata untuk peperiksaan peringkat ‘o’ aku.
  • Aku berharap ibubapaku dan nenekdatukku bangga atas kejayaan aku.
  • Sekarang ini, aku terpaksa tinggal di rumah makcik ku.
  • Itulah peristiwaku yang amat menyedihkan tetapi akhirnya berjaya. Menyedarkan diri atas kesalahan dan kesilapanku amat penting sekali.

~Azhar 4e5~

  • Tidak tersentuh pun makanan melayu yang disajikan oleh isteriku.
  • Jenis-jenis makanan yang dihidangkan oleh ibu pada hari raya masih aku gemari. Aku mengimbas kenangan silamku bersama ibu bapa.
  • Pengorbanan mereka dalam segi wang dan masa tidak akan ku lupakan.
  • Masa-masa yang aku telah luangkan bersama mereka masih jernih di ingatan ku. Peristiwa yang telah berlaku terhadap ku adalah semasa rakan-rakanku meninggalkanku semasa aku betul-betul memerlukan pertolongan.
  • Ibu bapa akulah yang ada di sisi aku untuk hulurkan bantuan.
  • Ingatan aku terhadap peristiwa itu susut tanpa sisa.
    l
  • Aku masih berada di sekolah menengah.lSenang dipengaruhi oleh rakan-rakanku untuk membuat kerja yang tidak berfaedah.lBerbual kosong di blok dan tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh guru.Memonteng sekolah dan ke pusat membeli belah.
  • Membuat kecoh di sekolah dan telah mendapat perhatian guru-guru dan penasihat sekolah.lPelajaran aku pun merosot akibat tidak menumpukan pelajaran di sekolah.lGuru-guru aku telah mengambil berat terhadap aku dan telah berbual dengan aku.
    l
  • Guru telah memberi aku kesempatan untuk belajar lepas sekolah.lAku tetap degil dan telah melibatkan diri dengan samseng-samseng di luar sekolah.
  • l
  • Melibatkan diri dalam pergaduhan.lDi kolong blok bersembang-sembang.lSamseng dari kumpulan lain menghampiri kami.l
  • Mula bertengkar dan rakanku mula bertumbuk.l
  • Kami pun menolongnya dengan mula bergaduh dengan kumpulan itu.lKumpulan itu telah menggunakan senjata-senjata seperti parang dan batang-batang kayu.lSiren kereta polis didengar dan kami terus angkat kaki dari tempat itu.
  • lDiberkas dan dimasukkan di rumah tumpangan untuk budak-budak nakal.lAku masih berada di sekolah menengah.Senang dipengaruhi oleh rakan-rakanku untuk membuat kerja yang tidak berfaedah.Berbual kosong di blok dan tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh guru.
  • Memonteng sekolah dan ke pusat membeli belah. Membuat kecoh di sekolah dan telah mendapat perhatian guru-guru dan penasihat sekolah.lPelajaran aku pun merosot akibat tidak menumpukan pelajaran di sekolah.lGuru-guru aku telah mengambil berat terhadap aku dan telah berbual dengan aku. l
  • Guru telah memberi aku kesempatan untuk belajar lepas sekolah.lAku tetap degil dan telah melibatkan diri dengan samseng-samseng di luar sekolah.lMelibatkan diri dalam pergaduhan.lDi kolong blok bersembang-sembang.lSamseng dari kumpulan lain menghampiri kami.
  • Mula bertengkar dan rakanku mula bertumbuk.lKami pun menolongnya dengan mula bergaduh dengan kumpulan itu.lKumpulan itu telah menggunakan senjata-senjata seperti parang dan batang-batang kayu.lSiren kereta polis didengar dan kami terus angkat kaki dari tempat itu.lDiberkas dan dimasukkan di rumah tumpangan untuk budak-budak nakal.
  • l
  • Tiada sesiapa pun yang melawatku semasa aku berada di rumah tumpangan itu.lHanya ibu bapaku lah yang melawatku dan memberikan makanan-makanan yang dibawa dari rumah.lTidak satupun dari rakan-rakanku yang melawatku.
  • l
  • Betapa hampanya aku apabila tahu yang rakan-rakanku telah mengkhianati aku.lTidak terkata apa-apa pun apabila ibubapaku menjenguk. Hanya maaf sahaja yang dapat dikatakan.lPada masa itulah aku tahu bahawa ibu bapa lah yang akan selalu berada di sisi kita. lIbu bapaku telah membuat keputusan untuk menghantarku ke luar negera untuk meneruskan pelajaran.
  • l
  • Mereka berpendapat bahawa negeri Singapura susah menerima sesiapa yang telah melibatkan diri dalam jenayah untuk bekerja. l
  • Setelah dilepaskan dari rumah tumpangan, aku terus ke rumah dan berkemas pakaian-pakaian lalu berangkat ke lapangan terbang. lSetibanya di Australia, aku diberi peluang untuk mengambil kursus dan meneruskan pelajaran di universiti di sana. l
  • Dalam perjalanan belajar, aku juga terpikat dengan gadis ini, yang mengambil kursus yang sama denganku.lLama kelamaan, gadis itu menjadi isteriku.l‘Abang, jangan termenung.
  • Cepat makan di meja itu, nanti sejuk pula.’lFikiranku terganggu dengan kata-kata isteriku.lAku telah membuat keputusan untuk balik ke Singapura semasa cuti untuk melawat ibu-bapaku yang telah lama aku tidak berjumpa.l
  • Aku sedar bahawa, betapa jahat kita, ibu bapalah akan ada di sisi kita dalam segala hal pun.
l


~Yasmin 4e3~

“ Nak, jaga diri baik-baik ya. Kami akan selalu menyayangimu walaupun kamu jauh.” Itulah kata-kata ayah Hasni kepadanya yang hampir membuat air mataku mengalir. Hasni dan aku sepupu dan ibu bapanya telah menjagaiku sejak kecil lagi bila ibu bapaku meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan yang tragik. Kini, kami sudah berumur sembilan belas tahun dan akan ke Amerika untuk melanjuti pelajaran di California Universiti.

Walaupun aku amat rapat dengan keluarga Hasni, aku tidak dapat merasai kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Kadang kala, aku merasai bahawa aku adalah beban kepada mak cik dan pak cikku. Tetapi, aku tidak mempunyai pilihan lain. Keputusan untuk melanjutkan pelajaranku di Amerika juga adalah pilihan mak cik aku supaya aku boleh menjaga Hasni bila di negeri orang lain. Aku hanya mampu tersenyum dan mengikuti arahan mereka.

“Penduduk-penduduk di pesawat SQ 255 ke Amerika sila menaiki pesawat sekarang”. Pengumuman untuk kami menaiki pesawat pun diberi. Aku hanya mampu melihat air mata yang berlinangan daripada mak cik dan pakcikku sambil mereka memeluk-meluk Hasni. Kemudian, lamunan aku terputus. Aku teringatkan wajah ibu bapaku yang sedang bersenyum kepadaku. Aku tersedar bahawa aku sangat merindui kasih sayang daripada kedua ibu bapaku. Air mataku lalu menitis.

“Sarah! Jaga dirimu dan Hasni baik-baik ya.” Aku pun memeluk mak cik dan pak cikku. Tanpa disedari, aku dan Hasni telah lewat untuk menaiki pesawat kami. Kami pun berlari kerana takut ditinggal.

~Shaikh Abdul Rahman 4e5~

  • Saya terlibat dalam sesuatu kemalangan jalan raya sementara menaiki basikal saya.
  • Dalam bilik kecemasan saya berbaring sendirian sahaja dalam bilik kecil yang berwarna putih itu.
  • ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau.
  • Saya teringat kemalangan jalan raya yang mengambil ibubapa dari saya.
  • Peristiwa itu terjadi beberapa tahun lalu.
  • Kita hendak menyambut Hari jadi saya tetapi ayah saya sakit.
  • Saya hendak pergi ke restoran kegemaran saya. Ibubapa tidak setuju padamulanya tetapi saya masih hendak ke situ.
  • Sementara perjalanan ke situ, sesuatu kereta terlanggar ibubapa saya.
  • hatiya hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu
  • Saya berasa bersalah kerana saya yang memaksa ibubapa untuk pergi walaupun ayah saya sakit.
  • Saya tidak boleh memaafkan diri sendiri.
  • Saya dan adik saya terpaksa tinggal dengan pak cik saya.
  • Kami tidak suka pak cik kami. Dia seorang yang jahat.
  • Setiap hari, dia paksa kami kerja.
  • Kalau kami tidak kerja, tidak dapat makanan.
  • Saya dan adik saya membuat sesuatu racanagan untuk melarikan diri dari sini.
  • Saya dengan cemas mengangkat bangku dan melemparnya ke pak cik saya.
  • Bangku itu mengenai muka pak cik saya dan dia pengsan.
  • Saya dan adik saya melarikan diri.
  • Kami pergi ke rumah rakan saya dan meminta tolong. Kami panggil polis.
  • Polis datang dan menangkap pak cik saya.
  • Pak cik saya dihantar penjara untuk menganiayai kami.
  • Kami sekarang tinggal dengan rakan baik saya.
  • Kami berasa lega kerana sudah selamat dari orang gila itu.

~Syazana 4e3~

  • Saya sedang menonton televisyen yang menunjukkan tentang kehidupan seorang budak hidup dengan kakaknya tanpa ibubapanya yang telah lama meninggal dunia.
  • ini telah membuat saya terfikir tentang kehidupanku.
  • tempat ketinggalan, makanan dan yuran sekolah bergantung daripada gaji ayah.
  • Ayah jatuh sakit.
  • Setelah ayahku mengalami pelbagai penyakit yang harus mempunyai perubatan yang mahal, dia terpaksa berhenti bekerja dan ibuku ambil alih tempat ayahku.
  • Tidak lama kemudian, ayah dihantar ke hospital dan di situlah dia menghembus nafas terakhir.
  • Ia mengambil masa yang panjang untuk kami menerima hakikat tersebut. Masa itu lah yang paling tidak stabil dari segi kewangan, namun, ibuku tetap tidak minta bantuan dari sesiapa pun.
  • Dengan begitu, aku harus bekerja sambilan untuk mencuci pinggan di kedai makanan untuk membayar yuran sekolahku, supaya wang yang ibuku dapat boleh kami gunakan untuk barang yang tertentu.
  • Baru sebulan bekerja, aku telah jatuh sakit.
  • Ibu menasihatiku untuk berehat, namun aku keberatan untuk meninggalkan semua tugasan ini kapada ibu.
  • Akhirnya, aku mengalah. Aku percaya aku akan sembuh dalam sehari.
  • Namun seminggu sudah terlepas dan badanku semakin lemah. Aku tahu aku patut berbuat sesuatu untuk menolong ibuku.
  • Apabila aku membuka pintu, alangkah terperanjatku melihat cikgu sekolahku di depanku. Cikguku kelihatan cemas. Dia memberitahuku dia sepatutnya hanya di sini kerana risau denganku, tetapi kerana dialah aku dapat tahu bahawa ibu mengalami kemalangan dan dihantar ke hospital.
  • Perasaan cemas mendadak di hatiku dan banyak fikiran berlarian di mindaku.
  • Aku berasa terlalu takut hingga aku keberatan untuk menggerak badanku atau menjawab soalan cikgu.
  • Apabila tiba di hospital, baru ku mahu masuk untuk melihat ibuku, seorang doktor menghalang kami, meminta maaf berkali-kali dan meyatakan bahawa kami sudah terlambat.
  • Hatiku berpecah seribu. Aku tahu pada masa itu, aku sebagai seorang buta kehilangan tongkatnya.
  • cikgu cuba memujukku, tetapi terlihat aku berdiam sahaja, dia hanya menasihatku untuk menerima perkara ini.
  • Nasib berada denganku apabila pakcikku yang baru pulang dari cuti panjangnya di Eropah sudi mengambilku sebagai anak angkatnya.
  • Dia mengajakku untuk pulang ke Eropah dengannya.
  • Kerana aku keseorangan, aku terpaksa tinggalkan kehidupan ini.
  • Sini, di Eropah, aku bersyukur dengan pakcikku yang sanggup memberikan duit, tempat dan sekolah untukku, walaupun rumah itu penuh dengan tiga baik anakya.
  • Ia mengambil masa yang lama juga untuk menstabilkan dan menyediakan diriku menghadapi dunia tanpa kedua-dua tuaku.

Monday, August 10, 2009

~Asri 4e3~

Pandangan mata aku tertumpu ke arah seorang warga miskin dengan anaknya, sedang meminta sedekah. Anaknya terbaring di lengan ibunya tenat dan layu. Aku teringat akan kedua ibu bapaku yang telah lama meninggalkanku. Aku membiarkan sejenak fikiranku menerawang. Aku terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran.Warga miskin itu boleh diwatakkan bagaimana aku melalui masa lampau dengan penuh kesedihan

Dahulu kehidupanku susah, setiap hari keluargaku berpuasa untuk mengelakkan dari menggunakan wang. Aku teringin sangat ke sekolah tetapi wang yurannya terlalu tinggi untuk aku. Ayahku tidak mampu untuk bekerja kerana dia mengalami penyakit barah yang serius. Dia juga tidak mampu untuk mengambil rawatan kerana kos pembedahan yang amat tinggi. Walaupun mereka dalam kesempitan wang mereka tidak pernah tergerak hati untuk meminjam wang dari pihak lain, mahupun keluarga sendiri. Ada juga jiran yang berdekatan menghulurkan bantuan dengan memberikan makanan dan pakaian. Namun perhubungan kami sekeluarga tidak lama.

Kami diusir keluar dari rumah oleh pihak bank kerana tidak bayar sewa rumah selama tiga bulan. Kami terpaksa berpindah ke pondok berdekatan. Penyakit ayahku semakin teruk dan dia kembali ke rahmatullah. Aku dan ibuku terpaksa redha dengan penentuanNya dan harus menjalankan kehidupan sebagai seorang pengemis.Aku terlihat ibuku sedang berbincang dengan seorang wanita yang anggun. Wanita itu menghulurkan wang yang banyak. Selepas itu aku disuruh oleh ibu tersayangku untuk mengikuti wanita itu ke dalam kereta mewahnya. Semenjak itu aku tidak pernah berjumpa dengan ibuku.

Aku dilayan, dijaga dan juga dicurahkan dengan kasih sayang yang berlimpahan oleh ibu angkatku. Aku juga hidup dengan selesa, tidak kekurangan apa-apa pun dan aku diberi pembelajaran yang cukup hingga kau ke universiti. Aku tidak pernah lupa untuk mengerjakan solat lima kali setiap hari. Setiap solat aku tidak lupa juga untuk berdoa kepada tuhan supaya ibu kandungku sihat untuk dia menyambung kehidupan seharian dan aku ingin berjumpa dengannya.Aku amat bersyukur akan keadaanku. Aku diberi layanan baik oleh ibukandungku. Dia sentiasa mengingatiku supaya jangan berdendam dengan ibuku kerana dia tidak bersalah. Ibuku menjualku kepadanya kerana dia terdesak untuk menggunakan wang untuk hidup. Namun ada sekali-kala aku berasa marah akan ibuku kerana dia sanggup tinggalkanku. Aku berharap sekali ingin bertemu dengannya.

Aku pernah termimpi akan aku terserempak dengannya ketika aku pulang dari kolej ke rumah. Pernah aku diejek di sekolah oleh rakan-rakan yang perangai macam setan.Aku tahu kasih sayang yang dilempar kepadaku tidak sama dengan yang dicurahkan oleh keluarga kandungku Aku mempedulikan ejekkan dan menekatkan diri untuk berjaya di dalam kehidupan untuk membalas jasa ibu bapaku walaupun mereka tidak dapat melihat dan merasai kejayaanku. Akhirnya aku berjaya menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan.Aku mengeluarkan wang sebanyak dua puluh ringgit dan menghulurkan bungkusan makan yang aku beli dari gerai Makcik Lintah untuk makan tengah hari nanti.

Namun aku terlihat wajahnya yang mirip-mirip seperti wajah ibu kandungku. Aku menanyakan kepadanya samada dia masih mengikati aku. Tekaan aku tepat, air mata yang bertakung di mataku mengalir dengan derasnya ke pipiku. Insan yang selama ini aku cari akhirnya aku temui juga.

Wednesday, August 5, 2009

~Asyraf 4e3~

  • Ternampak sebuah keluarga yang sedang makan di restoran dan mereka sangat bahagia.
  • Sedih kerana ibu bapa saya sudah meninggal 2 tahun lalu.
  • Cemburu melihat orang lain yang bahagia dengan ibu bapa mereka.

  • 2 tahun lalu aku dan ibubapaku keluar untuk pergi makan di sebuah restoran.
  • Kami sedang gembira bersama-sama.
  • Tiba-tiba ibu tercekik tulang ayam yang sedang dia makan.
  • Ayah cuba menyelamatkan ibu tetapi tidak berjaya.
  • Aku dan ayahku menjadi sedih
  • Tidak dapat menerima kematian ibu
  • Ayah mula tidak pergi kerja.

  • Beberapa bulan kemudian, ayah tidak dapat tahan lagi lalu membunuh diri dengan memakan tulang ayam.
  • Aku bertambah sedih.
  • Aku dijaga oleh makcikku yang tidak mempunyai anak.
  • Aku mula ponteng sekolah untuk pergi kubur ibu dan ayah.
  • Aku menjadi tidak suka untuk memakan ayam.
  • Aku mula membuat aduan supaya tulang ayam harus dilarang di negara ini.
  • Namun, aduanku ditolak.
  • Aku mula pergi ke sekolah selepas dipaksa mak cikku.

  • Di sekolah, aku terjumpa seorang pelajar, bernama Ahmed, yang juga sudah hilang ibubapanya.
  • Dia memberitahu aku bagaimana dia dapat melupakan tentangkematian ibubapanya dan terus menghidup.
  • Aku amat kagumi dia.
  • Aku pun cuba melupakan kematian ibubapaku dan terus menghidup bahagia.
  • Kini aku anggap makcikku seperti ibuku.
  • Tetapi aku masih tidak berani untuk memakan ayam.

~Mubarak 4e3~


“Ayah ayah! Anis hendak memakai baju tebal bila kita ke Jepun ayah!”Aku terlihat kanak kanak yang sedang memimpin ibu dan bapanya.Aku terus khayal dalam duniaku sendiri.Hidup aku berubah apabila dia menjumpai Katy.Katy adalah seorang Gadis eropah yang ke Singapura sebagai seorang saudagar.Aku menjumpainya dan menjatuh cinta dengannya ketika hendak membuat bisnes untuk Syarikat aku.

Aku dengannya untuk tiga tahun dan mempunyai niat untuk mengahwininya. Ini adalah pertama kali yang saya setia dengan seorang gadis.Aku cintanya sedalam dalam hatiku dan ingin menhidupi hidupku dengannya selama-lamanya hingga akhir nafas dan hayatku.

Tetapi,idamanku tidak akan menjadi sebuah realiti. Katy harus ke negeri asalnya dengan secepat mungkin kerana perlu memotong perbelanjaan kerana ekonomi yang merosot.Aku hendak mengkahwininya tetapi dia enggan untuk masuk Islam. Juga ibu bapaku tidak mahu aku kahwin dengannya jika dia tidak masuk islam.Aku berada di dalam dilemma.Pada ketika itu aku buta kerana cinta dan memilih Katy atas ibu bapaku yang sudah membesarkanku untuk 25 tahun,yang telah memberiku pelajaran menjaga makan minumku walaupun mereka sendiri dalam kelaparan.Bodoh pilihan aku,seperti kacang melupakan kulit.


Aku meningggalkan ibu bapa ku tanpa mengatakan apa apa.Aku tidak kisah tentang perasaan mereka.Aku mengambil beg aku dan berhijrah ke negeri Katy.Ketika di sana aku terus mengkahwini dengannya dengan civil.Hidup di negeri Katy senang lewa.Aku berasa gembira dengannya.Tetapi pada suatu hari, aku ditimpa kemalangan.Aku cedera teruk.Tangan,kaki,dan leherku patah.kemalangan itu hampir hampir mengambil nyawa aku.


Katy meninggalkanku kerana aku sudah cacat dan tidak mahu menolong aku membayar bil hospital yang besar.Aku kembali ke dunia apabila merasa kesakitan di leherku.Aku telah membuat keputusan untuk kembali balik ke Singapura dan meminta maaf kepada ibu bapaku yang ku telah hampakan dan menderhakai.


Kini aku berada di lapangan terbang. “ Flight 138. 3 minutes “ suara yang bernada manis dan lembut berkata di speaker menandakan yang aku harus menyediakan diri untuk berpisah dari negeri Katy dan kembali ke Ibu bapaku.Dengan perlahan aku mengkayuh kerusi rodaku ke arah flight aku.Besarlah harapanku yang mereka akan memaafkanku yang telah menghampak

Sunday, May 31, 2009

seorang sahabat sejati

Seorang sahabat yang sejati kepada saya ialah Alif. Persahabatan kami begitu erat bak pepatah bagai isi dengan kuku.Alif seorang yang baik hati dan bersabar. Dia gemar menolong orang dan sedemikian, ramai orang suka berkawan bersamanya. Saya telah kenal Alif selama empat tahun sejak sekolah rendah.Sekarang di sekolah menengah, Alif masih kawan sedarjah saya. Dia tetap orang yang sama. Dia telah menolong saya dalam bahasa melayu untuk peringkat 'o'.

Apabila saya mendapat markah peperiksaan tengah tahun, saya terkejut kerana saya telah gagal dalam bahasa melayu saya dalam markah begitu rendah sekali iaitu 35 peratus. Apabila saya mengetahui atas kegagalan saya, saya berasa begitu hampa dan sedih sekali. Bahasa Melayu adalah salah satu subjek yang dikatakan senang juga tetapi saya tidak tahu mengapa saya telah gagal untuk subjek itu.

"Bagaimana keputusan kau, Shaz?" Alif menanya saya.

"Aku gagal teruk, Alif" saya menjawab dengan perasaan begitu kecewa.

Alif tidak menyangka bahawa keputusan yang saya dapat begitu teruk. Alif berasa simpati untuk saya. Peperiksaan peringkat 'o' akan datang dalam dua minggu kemudian. Saya sedang berasa begitu tidak ada harapan untuk bahasa melayu peringkat 'o'. Saya jugak berasa malu kerana saya sendiri orang melayu dan juga bercakap menggunakan bahasa melayu tetapi gagal dalam peperiksaan. Saya berseorang sahaja di kelas yang gagal peperiksaan bahasa melayu saya.
Alif cuba membantu saya.

Setiap hari dia akan membawa saya ke perpustakaan serantau untuk membaca buku-buku melayu. Setiap buku yang saya harus membaca, Alif memastikan bahawa saya ada kamus di sebelah saya supaya saya boleh mencari apa-apa sahaja perbendaharaan kata yang payah di dalam kamus. Ini boleh menaikan bahasa saya. Saya terfikir-fikir kerana Alif bersungguh-sungguh menolong saya dengan penuh ihklas. Saya tidak pernah mengadakan kawan yang begitu rapat sekali dalam hidup saya.

Apabila peperiksaan peringkat 'o' telah tiba, saya berasa takut sedikit dan jugak keyakinan setelah belajar keras untuknya. Apabila saya mendapat kertas soalannya, saya melihat soalan-soalannya dan saya dapat membuat mereka. Soalan-soalannya tidak begitu payah berbanding dengan kertas dari sekolah saya. Beberapa bulan kemudian, kami semua mendapat keputusan kami masing-masing. Saya berasa amat gelisah dan saya berharap saya membuat dengan begitu baik dan jugak lulus.

Apabila nama saya dipanggil oleh Cikgu Marina untuk giliran saya, saya terperanjat apabila terlihat kelihatan wajah Cikgu Marina.

"Adakah itu berita baik atau tidak?'' saya terfikir-fikir di dalam kepala saya.

Perkataan yang terkeluar dari mulut Cikgu Marina ialah tahniah. Saya terkejut dan hati saya mula lega sedikit kerana saya mendapat A1 untuk bahasa melayu saya dan juga dapat 10 jumlah 'o' level markah. Saya berasa amat gembira sekali dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Alif kerana dia telah menolong saya dengan ihklas dan bersabar atas pelajaran saya. Dia adalah seorang sahabat sejati.

Individu yang saya kagumi

Robin Van Persie seorang pemain bola-sepak yang terkenal. Dia orang belanda yang mewakili kelab Arsenal FC pada tahun 2004.Dia bermain sebagai penyerang dan jugak pemain sayap.Beliau ialah individu yang saya kagumi. Semasa beliau kecil lagi, beliau digalakkan untuk melibatkan diri dalam kesenian seperti ibubapanya.Ibunya seorang pelukis dan bapanya bekerja sebagai pemahat.Dia tinggal bersama ibubapanya dan dua adik perempuan,Lilly dan Kiki. Dia digalakkan membuat demikian tetapi ditarik dengan bermain bola-sepak sebagai ganti.

Pada mulanya, keluarganya begitu miskin kerana gaji ibubapanya tidak mencukupi untuk keluarga dan barang-barang dapur.Robin Van Persie tidak mempunyai bakat untuk melukis berbanding dengan ibubapanya dan adik-adiknya. Walaubagaimanapun, beliau tetap mencari sesuatu yang beliau boleh buat iaitu bermain bola-sepak.Semenjak beliau berusia sepuluh tahun,beliau gemar bermain bola-sepak bersama kawan-kawannya di sekolah dan dia asyik menjaringkan semua gol untuk pasukannya.

Impian Robin Van Persie ialah menjadi bola-sepak yang terbaik dan terkenal.Apabila bapanya memperhatikan bakat anaknya itu, dia cuba membantu impiannya menjadi betul dengan memasukkan anaknya dalam kelab belia SBV Excelsior pada tahun 2001.

Kelama-lamanya, apabila beliau berusia 17, beliau menandatangani kontrak yang diberi oleh kelab Feyernoord. Beliau mendapat kemunculan buat pertama kalinya di kelab Feyernoord
dan menerima anugerah dalam Pemain Muda Yang Terbaik pada akhir musim 2001-2002.
Bapanya bangga atas kejayaan anaknya itu. Pada tahun 2004, Kelab Arsenal memberi peluang kepada Robin Van Persie untuk memasuk kelab tersebut.Kelab Arsenal adalah salah satu kelab yang terbesar dan terkenal. Kelab Manchester United, Chelsea dan Liverpool juga kelab-kelab yang terbesar.

Apabila beliau diberitahu yang gajinya dalam £2.75 juta, beliau terima kontrak itu kerana duit itu amat terbesar dan cukupi untuk keluarganya. Gajinya amat besar berbanding dengan gaji bapanya. Beliau seorang penyanyang dan bersabar terhadap ahli keluarganya, terutamanya ibubapanya.Pengurus kelab Arsenal, Arsene Wenger menukarkan Robin Van Persie dari pemain sayap ke penyerang. Beliau dapat menjaringkan 11 gol dalam 15 perlawanan. Beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik dalam bulan itu. Pada tahun 2003-2004, Kelab Arsenal telah menang juara dalam liga terutama Inggeris. Robin Van Persie telah menyumbangkan banyak gols untuk Kelab Arsenal FC.

Daripada anak yang digalakkan untuk memasuki kesenian hingga ke anak yang menjadi pemain bola-sepak yang kaya dan terkenal. Impiannya telah menjadi betul. Ini adalah sebab-sebab saya mengkagumkan Robin Van Persie dan dia seorang yang penuh kejayaan.

Thursday, May 28, 2009

Suatu insiden yang menyakinkan saya tentang kebenaran nasihat yang diberi

"Mak, Aznil nak pergi keluar sekejap ngan kawan." saya meminta izin dari ibunya.

"Jangan balik lambat ya," ibunya berkata.

Saya, anak yang keseorangan sahaja,keluar bersama kawan-kawan saya untuk mengeluangkan masa pada hujung minggu.Saya selalu berseorangan sahaja di rumah dan kedua-dua ibu bapa saya berkerja dua belas jam.Saya sering berasa bosan duduk di rumah,tiada sesautu yang menarik untuk saya dilakukan.Setiap hujung minggu, kawan-kawan saya akan menelefon saya mengajaknya kelaur bersama-sama.Ibunya sering membenarkan saya keluar kerana ibu saya memahami keadaan saya yang bosan itu dan mahu membuat saya berasa gembira.

Pada minggu ini, salah seorang kawan saya bernama Jazli mengajak saya duduk di bawah blok mengambil angin di udara. Tiba-tiba,ada sekumpulan remaja ini berjalan ke arah kami lalu bertengking kepada Jazli. Lelaki kumpulan itu bernama Fendi, dia adalah kawan sekolah Jazli dahulu tetapi mereka berdua berpisah persahabatan mereka atas pelbagai pergaduhan.Saya berasa marah kerana saya dan kawan-kawan saya tidak membuat apa-apa kesalahan.

Fendi dan kawan-kawannya mengeluarkan bat kricket, botol kaca, pisau lipat dan gunting lalu menunjukkan apa-apa sahaja persenjataan mereka ke arah muka kami.Kami tercengang kerana mereka tiba-tiba datang ke kami dan bertengking kepada kami.Selepas itu, Fendi mula bertengking kepada kami menuduhkan kami atas menghentamkan dua ahli kumpulan mereka.
Hakikat yang sebenar ialah minggu yang lepas, saya tidak bersama-samaan dengan mereka,Jazli membawa lagi lima ahli kumulannya menghentam dua anggota Fendi oleh sebab balasan dendam.

Sekarang, Fendi datang membawa sepuluh anggota kumpulan mengejar kami.Kami tidak mempunyai senjata.Oleh yang demikian, kami cuma hanya boleh melarikan diri sahaja.Saya berlari pulang rumah. Semasa berlari, saya tersandung lalu jatuh.Salah satu anggota yang mengejarkan saya, dapat menumbuk saya tetapi dalam beberapa saat saya dapat mempertahankan diri saya dan menolak dia lalu menyambung lari pulang rumah.

Nasib baik saya, saya dapat melepaskan diri dari lelaki tadi itu. Saya mengambil ais dibalut dengan kain untuk meletakkan di lebam-lebam saya. Ibu saya kemudian pulang dan dia terkejut apabila ternampak keadaan saya ini. Ibu menanya saya atas ape yang terjadi tadi dan saya pun menceritakan kepadanya.

Ibu menasihati saya supaya saya tidak akan bergaul dengan kawan-kawan begini.Saya membatal nasihat ibu kerana mereka adalah hanya kawan-kawan yang saya ada.Ibu menyuruh saya berkawana dengan orang lain tetapi saya tidak mengendahkannya lalu terus masuk ke bilik saya.

Keesokan harinya, setelah ibu bapa saya telah meninggalkan rumah, saya berjumpe dengan kawan-kawan saya lagi.Kali ini, kami telah bersedia dengan senjata dengar lebih kuat.Kami pergi mencari mereka.Setelah berusaha mencari mereka,kami berlari menuju ke arah mereka dan terus menghentam mereka.

Seorang makcik sedang berjalan dan ternampak pergaduhan terjadi lalu dier menelefon polis.Kami tidak perasaan yang makcik itu menelefon polis.Kemudia, polis pun tiba.Ada yang dapat melarikan diri tapi saya gagal kerana saya dapat dikejar oleh dua pegawai polis yang mengekori saya tadi.Ibu bapa saya diberitahu tentang perkara ini.Saya berasa menyesal kerana saya tidak mendengar nasihat ibu semalam dan jika saya membuat demikian, saya mungkin tidak dalam keadaan begini.

Wednesday, May 27, 2009

Suatu percutian yang berakhir dengan sebuah tragedi

Perasaan dengan penuh kegembiraan dari masing-masing untuk ke Indonesia pada bulan jun ini.Kali ini, kami sekeluarga bercuti di Indonesia.Indonesia mempunyai pelbagai tempat yang menarik.Kami telah menunggu selama dua tahun dan sekarang kami baru dapat bercuti di Indonesia.Saya tidak sabar kerana barang-barang yang dijual di satu agak murah jika berbeza harga barang-barang di Singapura.

Apabila hari untuk bergerak telah tiba, kami ke Lapangan Terbang dan terus bergerak ke Indonesia.Keadaan di atas langit amat indah sekali dan cuaca tidak begitu panas dan terang. Apabila kami mula sampai Indonesia, permandangan bawah dari kapal terbang amat cantik sekali.Selepas itu, kami mendapatkan bilik hotel dan siap untuk membeli-belah di Pusat Membeli-Belah terbesar di Indonesia.Banyak benda berjenama dijual di situ dalam harga yang amat murah sekali.

Semasa saya berada di dalam kedai kasut berjenama Adidas, saya terasa bergoyang jika seseorang menolak saya depan belakang.Saya berasa mabuk dan segera ke ibubapa saya dan memberitahu mereka.Sebenarnya, itu adalah gempa bumi yang tidak begitu kuat sangat. Kami mendengar bunyian sebuah siren yang kuat sekali.Ia menyatakan yang ada masalah yang terjadi di Indonesia. Kami dengan segera pulang ke hotel kami. Semasa berjalan ke hotel, kami terdengar jeritan orang yang dalam ketakutan.Saya memandang ke belakang dan ternampak gombak yang terbesar sekali iaitu Tsunami.Kami terus lari pulang tetapi gombak itu mendatan ke arah kami dengan laju.Sedang berlari, ayah saya terjatuh terpijak sebuah mainan kecil dan buku kakinya terpelecut dengan ayah menjerit dalam kesakitan.

Kami cuba memikul atau menyeret ayah pulak tetapi gombak itu begitu laju dan melanda kami dan semua ahli keluarga saya telah dipisah oleh gombak itu.Saya dapat memegang tangan adik saya lalu menariknya ke tempat yang kering dan tinggi dari air banjiran itu.Ibu saya juga dapat memegang sesuatu untuk mempertahankan diri.Saya tidak dapat jumpa ayah saya.Tiba-tiba saya ternampak sebuah badan mayat terapung-apung di atas air.Saya tidak tau itu siapa dan apabila badan itu semakin dekat ngan saya, saya terkejut dan hati saya terus terjatuh kerana ternampak ayah saya adalah orang yang terapung-apung di atas air banjir itu.Itu menujukkan ayah saya telah mati lemas.

Saya mengangis dalam penuh kesedihan.Percutian ini sepatutnya menarik tetapi kali ini tidak begitu nasib kerana ayah saya telah mati lemas disebabkan dia tidak boleh berenang apabila kakinya terpelecut dan susah berjalan dan berenang.Ini lah satu percutian saya yang berakhir denga sebuah tragedi.

Tuesday, May 26, 2009

Satu peristiwa yang mengubah hidup saya

Ada suatu peristiwa yang selalu tidak boleh dilupakan di kepala otak saya. Peristiwa ini telah mengubah hidup saya.Sebelum arwah datuk meninggal dunia, saya seorang budak lelaki yang amat nakal sekali dan saya sering membuat apa-apa sahaja masalah yang melibatkan seluruh keluarga.Saya kebanyakannya menyusahkan keluarga saya.Saya sering dimarah oleh datuk saya.

Pada suatu hari, datuk saya sedang membaca suratkhabar di rumah dan tiba-tiba dia menghadapi strok lalu nenek saya dengan segera menelefon ambulans.Datuk saya dihantar ke hospital. Saya berada di rumah bermain bersama adik-adik saya dan kemudian,terdapat berita tentang datuk saya yang sedang berada di hospital disebabkan oleh strok. Dia sedang berada operasi oleh doktor-doktor.

Beberapa minit kemudian, kami mendapat berita yang amat merawankan, dari doktor.Kami diberitahu yang datuk tidak berjaya hidup begitu lama, sekira-kiranya lagi 2 atau 3 hari.Apabila kami dengar berita ini, hati saya mula terkejut. Kami ke wad datuk kami.Tiba-tiba, datuk saya memanggil saya kerana dia mahu memberitahu sesuatu kepada saya.

"Kau mesti jadi anak yang berbudi bahasa dan mesti jaga adik-adik kau itu.Mereka masih kecil lagi.Kau mestilah menjadi sebagai contoh kepada adik-adik kau itu.Belajar rajin-rajin supaya ibu bapa kau berasa bangga atas kejayaan kau.Bila Tok tidak ada lagi,bolehkah kau tolong Tok buat apa saya cakap tadi?" kata datuk saya.

"Saya akan menolong Tok membuat ini semua.Saya berjanji." saya menjawab dengan perasaan yang amat sedih sekali lalu air mata terkeluar, bermula untuk menangis.

Saya memberi salam kepada datuk saya dan meminta maaf atas semua keburukan dan kesalahan saya yang menyusahkan hidup datuk.Dalam beberapa minit kemudian, datuk tidak bernafas lagi dan saya masih memegang tangan datuk saya.Saya berasa amat sedih sekali lalu menangis.

Saya tidak memutuskan penjanjian saya kepada datuk dan selepas itu,hidup saya berubah.Saya dapat menjaga adik-adik saya dengan betul dan mendapat cemerlang dalam peperiksaan saya.Perangai yang nakal itu telah hilang dan baik hati dan berbudi bahasa yang saya telah mempunyai.Sejak peristiwa ini, ia telah mengubah hidup saya.

Kertas Jawapan untuk GCE 'O' Level


Kertas So...doc (60.4 KB), Jawapan K...doc (60.4 KB),----Latihan 31

Kertas So...doc (56.3 KB), Jawapan K...doc (53.3 KB),
----Latihan 32

Kertas So...doc (58.9 KB), Jawapan K...doc (56.6 KB), ----Latihan 33

Kertas So...doc (71.6 KB), Jawapan K...doc (55.5 KB), ----Latihan 34

Kertas So...doc (63.4 KB), Jawapan K...doc (55.1 KB) ----Latihan 35

Thursday, April 23, 2009

Dialog cuaca Klimaks

“Boohoo… Ahmad…. Boohoo…,” Aku terjaga dari tidur apabila medengar namaku dipanggil.. Suara yang nyaring itu mengacau suasana diam di dalam bilik kamarku. Pintu bilik tiba-tiba tertutup dan jendelaku terbuka serta angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku. Aku takut. Suara itu bersambungan. Suara itu seperti kepunyaan arwah ibuku yang baru-baru ini telah dibunuh.
Angin malam yang dingin bertiup sepoi sepoi bahasa membuat bulu roma di belakang tengkukku berdiri tegak. Sambil membiarkan fikiranku menerawang sejenak, tiba-tiba lamunanku terhenti dengan kewujudan bayangan putih di luar tingkap kamarku. “Ish, adakah mataku bermain-main dengan mindaku?” hatiku berkata sendirian.
Lebih baik aku tidur sekarang.
Kepenatanku hilang ditenangkan oleh malam yang sungguh nyaman dan mengerdip cantik. Aku berehat di atas katil sambil didodoi angin malam yang sayu.
“Keceplanng!!!”

Bunyi yang amat kuat itu membuatku tersentak dari tidurku. Kemudian suasana mula berubah. Suasana yang sunyi dan tenang itu mula membuat jantungku berdegup-degup kencang.

“Apa yang pecah agaknya? Mahu kata kakak tetapi aku sahaja di rumah seorang.”bisik hatiku dengan kehairanan. Angin yang kencang menyepak-nyepak mukaku sebaik sahaja aku buka pintu.

“Krreeakk!!” bunyi pintuku yang lama itu memecah sunyi malam.
Surat Rasmi

Permulaan


Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah East Spring dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melawat kampus Universiti Nasional Singapura. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan persatuan kami bagi pelajar-pelajar menengah 4.


Isi

Tujuan lawatan ini adalah untuk …..

Jika diizinkan, kami ….


Akhir sekali kami bercadang untuk …….
lecture
Semoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan semangat untuk kami belajar bagi menempuh peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dan seterusnya menjejakkan kaki di lembah ilmu ini dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti pengalaman di Universiti Nasional nanti akan memberi satu semangat yang tidak ternilai buat kami dan menjadi perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.


Penutup

Surat Permohonan


Saya berharap mudah-mudahan permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan tidak menolak permohonan kami memandangkan hasil lawatan ini pasti dapat memberi manfaat kepada kami. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Atau






Surat Aduan

Semoga aduan kami (pada kali ini) mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi berkunjung ke (kawasan perumahan) kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang (masalah yang terpaksa kami hadapi).

Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday, April 21, 2009

Surat Kiriman(sudah dibaiki)



Muhammad Shazrin Bin Ismadi
Toa Payoh Avenue 4
Blk 187 #O5-410
Singapura 520187

21 April 2009

Pengurus Sistic
Downtown East
Pasir Ris Dr 1


Tuan

Perkara: Aduan atas perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Saya menulis surat ini untuk membuat sebuah aduan atas perkhidmatan di situ yang tidak begitu bagus.
Minggu lalu, saya dan rakan-rakan saya pergi ke Downtown East untuk menonton persembahan David Archuleta yang terkenal. Kami mahu membeli tiket untuk persembahan itu. Kounter tiket itu terletak di luar.Kami cuba beratur untuk membelinya tetapi barisan itu amat panjang sekali.

Saya dapat tahu yang hanya satu kounter tiket yang dibuka.Lagi dua kounter telah tutup.Saya berasa hairan sambil tertanya-tanya mengapa kounter itu tutup apabila persembahannya ialah hari ini dan esok. Kami tidak mahu datang semula ke sini esok kerana kami telah penat datang daripada Toa Payoh ke Pasir Ris. Kedua-dua kounter yang tidak buka telah membuat kesusahan yang terbesar sekali.

Jikalau hanya satu kounter sahaja yang dibuka dan waktu yang menunjukkan persembahan akan bermula tetapi barisan tiket kounter itu masih panjang sekali,boleh menyusahkan orang-orang yang mahu menonton persembahan itu dan memakan masa yang amat banyak.

Saya menulis surat ini kepada tuan supaya tuan berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.Jika tuan membuat perubahan, lama-kelamanya tiada lagi aduan yang akan timbul. Saya akan menunggu balasan daripda tuan. Perhatian yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar

[Muhammad Shazrin Bin Ismadi]



Thursday, April 2, 2009

Hari Persabahatan Antarabangsa






Pada hari ini, kami meluangkan masa dengan rakan-rakan kita


dan mengukapkan kasih sayang kepada mereka.Masa untuk berkawan bersama orang yang berbangsa lain di seluruh dunia.Pada hari ini juga, berbalas-balas hadiah-hadiah seperti bunga,kad,dan bermacam-macam lagi.Tiada banyak kesusasteraan dalam sejarah Persahabatan




Antarabangsa apabila kami menyambut hari itu.


Persahabatan Antara telah dihargai sejak permulaan atas kehidupan manusia di dunia ini.Sekolah kami menyambut hari Persahabatan Antarabangsa ini.Pelajar-pelajar di sekolah kami membuat pertukaran hadiah-hadiah dengan kawan-kawan.


Hadiah-hadiah yang mereka menukarkan ialah kad-kad yang menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.




Pada tahun lalu, sekolah kami mengadakan penyambutan Persahabatan Antarabangsa.


Ada pelajar memberi bunga-bunga kepada guru-guru dan rakan-rakan yang berbangsa lain.




Pada pendapat saya. hari Persahabatan Antarabangsa adalah penting kerana ia boleh menunjukkan bagaimana kami memberi kasih sayang dan penghargaan pada apa yang mereka telah melalukan untuk kita.


Tuesday, March 31, 2009

Friday, March 27, 2009

Minngu depan

Pada hujung minggu ini yang akan datang iaitu esok, saya dan keluarga saya akan ke pawagam untuk menonton filem '' Race To Witch Mountain'' di vivo city. Banyak-banyak perkara yang kami sekeluarga akan membuat. Selepas menonton wayang, kami merancang untuk ke Marine Bowl yang terletak di East Coast. Kami akan berbelanja agak-agak sebanyak $53 untuk main boling. Sesudah main boling, kami berasa letih dan lapar jadi kami makan di BANQUET di Simei. Makanan-makanan di sana amat enak sekali. Selepas pelbagai aktiviti pada hari ini, kita pulang rumah dan rehat.

Thursday, March 26, 2009

Minggu lalu[cuti sekolah]

Cuti sekolah yang leplas, saya asyik duduk di rumah, membuat kerja rumah saya(homework). Banyak betul kerja rumah yang diberi kepada kami pelajar. Saya duduk di rumah sahaja mebuat saya mendak gila. Saya pun tidak ada masa untuk keluar bersama kawan kerana dalam cuti sekolah juga ada jadual untuk tusyen saya. Saya ingatkan cuti sekolah sepatutnya ialah cuti sekolah yang betul. Setiap hari minggu, saya mengadakan tusyen . Sesudah tusyen, saya menonton filem'' Narnia, prince caspian'' di rumah saya besama keluarga saya.

Saturday, March 21, 2009

Hari Ahad

Saya telah selesai dalam 12 muka surat untuk dnt saya. Tiba-tiba malam ini, Asri sms saya yang fail-fail kami adalah kepada guru kami. Saya terkejut dan tiba-tiba saya teringat yang saya pun telah memberi fail saya kepada guru saya. Saya sudah berasa amat pelik kerana sia-sia sahaja saya membuat semula kerja saya ini tanpa bertanya kawan-kawan saya. Saya telah buat 12 muka surat dan apa yang saya harus buat ngan muka surat itu? Saya membezakan antara yang sekarang dan yang lama jika mana satu yang lagi baik dan bagus. Saya amat berterima kasih kepada Asri kerana dia telah mengingatkan saya. Jika dia tidak memberitahu saya, saya mungkin sudah buat habis membuat balik semua kerja yang sia-sia sahaja. Saya ini baru umur 16 tahun sudah mula melupa-lupakan banyak benda-benda macam saya seorang tua begitu.

Monday, March 16, 2009

Hari Sabtu

Saya tengah ada hati untuk membuat Dnt saya sebanyak sepuluh muka surat. Sedang cari Fail Dnt saya, saya teringat yang saya mungkin tertinggal fail itu di bawah sebuah blok. Hati saya mula terkejut kerana jika saya betul-betul terhilang Fail Dnt saya itu, peringkat 'o' saya untuk subjek Dnt akan hancur tanpa fail itu kerana fail itu adalah 70% markah. Setelah setengah jam mencari Fail itu, saya masih tidak dapat jumpa fail itu. Tanpa membuang masa saya,saya mengambil 20 keping kertas A3 dan terus membuat semula semua kerja yang saya telah buat dalam fail kelmarin saya.

Thursday, March 12, 2009

Sebuah Filem Yang Saya Pernah Tonton.


14 June 2007, Saya dan keluarga saya ke Suntec City untuk menoton wayang di pawagam bernama ENG WAH. Filem yang kami menonton adalah TRANSFORMERS . Filem ini tentang dua jenis kumpulan robot yang bermusuhan , DECEPTICON dan AUTOBOTS. DECEPTICON cuba menakluki bumi ini dan menunjukkan semua orang yang Decepticon adalah kumpulan robot yang paling kuat di seluruh dunia.Tanpa mendapatkan sebuah kubus yang mempunyai kuasa yang amat kuat itu, mereka tidak boleh dapat menang perangan ini. Kumpulan AUTOBOTS bekerja keras untuk menjaga kubus itu dengan hidup mereka sendiri. Seorang lelaki ini bernama Sam Witwicky. Dia mempunyai cermin mata arwah datuknya yang mengadakan sebuah kode untuk mengaktifkan kubus itu. Di bumi ini, Decepticon tiba ke darat lalu mencari cermin mata itu. Autobots pula tiba ke bumi untuk menjaga Sam bersama kubus itu daripada pengangan Decepticon.Apabila kedua-dua kumpulan robot telah tiba ke bumi, manusia menolong kumpulan Autobots untuk berlawan Decepticons hingga mereka mampus.Ketua Autobots ialah Optimus Prime dan ketua Decepticon ialah Megatron.

Akhirnya, decepticon gagal untuk mengambil kubus itu dari Sam bersama cermin mata itu.Autobots telah kehilangan satu robot askar dari kumpulan mereka iaitu Jazz.
Autobots telah berlawan dengan sepenuh kuat sekali dan Megatron telah dibunuh atas kebakaran kubus itu di dalam hatinya.Megatron dibuang ke laut sepenuh jauh dari darat kira-kira 2000 kilometers supaya dia tidak akan kembali ke darat untuk mulakan perang sekali lagi. Dua askar robot dari Decepticon melarikan diri lalu yang lain telah dimusnahkan.

Cerita ini adalah sebuah filem yang amat menarik kepada saya kerana tembakan dan perlawanan dalam cerita ini menarikan perhatian orang-orang yang melihat filem ini.