Tuesday, August 11, 2009

~Syazana 4e3~

  • Saya sedang menonton televisyen yang menunjukkan tentang kehidupan seorang budak hidup dengan kakaknya tanpa ibubapanya yang telah lama meninggal dunia.
  • ini telah membuat saya terfikir tentang kehidupanku.
  • tempat ketinggalan, makanan dan yuran sekolah bergantung daripada gaji ayah.
  • Ayah jatuh sakit.
  • Setelah ayahku mengalami pelbagai penyakit yang harus mempunyai perubatan yang mahal, dia terpaksa berhenti bekerja dan ibuku ambil alih tempat ayahku.
  • Tidak lama kemudian, ayah dihantar ke hospital dan di situlah dia menghembus nafas terakhir.
  • Ia mengambil masa yang panjang untuk kami menerima hakikat tersebut. Masa itu lah yang paling tidak stabil dari segi kewangan, namun, ibuku tetap tidak minta bantuan dari sesiapa pun.
  • Dengan begitu, aku harus bekerja sambilan untuk mencuci pinggan di kedai makanan untuk membayar yuran sekolahku, supaya wang yang ibuku dapat boleh kami gunakan untuk barang yang tertentu.
  • Baru sebulan bekerja, aku telah jatuh sakit.
  • Ibu menasihatiku untuk berehat, namun aku keberatan untuk meninggalkan semua tugasan ini kapada ibu.
  • Akhirnya, aku mengalah. Aku percaya aku akan sembuh dalam sehari.
  • Namun seminggu sudah terlepas dan badanku semakin lemah. Aku tahu aku patut berbuat sesuatu untuk menolong ibuku.
  • Apabila aku membuka pintu, alangkah terperanjatku melihat cikgu sekolahku di depanku. Cikguku kelihatan cemas. Dia memberitahuku dia sepatutnya hanya di sini kerana risau denganku, tetapi kerana dialah aku dapat tahu bahawa ibu mengalami kemalangan dan dihantar ke hospital.
  • Perasaan cemas mendadak di hatiku dan banyak fikiran berlarian di mindaku.
  • Aku berasa terlalu takut hingga aku keberatan untuk menggerak badanku atau menjawab soalan cikgu.
  • Apabila tiba di hospital, baru ku mahu masuk untuk melihat ibuku, seorang doktor menghalang kami, meminta maaf berkali-kali dan meyatakan bahawa kami sudah terlambat.
  • Hatiku berpecah seribu. Aku tahu pada masa itu, aku sebagai seorang buta kehilangan tongkatnya.
  • cikgu cuba memujukku, tetapi terlihat aku berdiam sahaja, dia hanya menasihatku untuk menerima perkara ini.
  • Nasib berada denganku apabila pakcikku yang baru pulang dari cuti panjangnya di Eropah sudi mengambilku sebagai anak angkatnya.
  • Dia mengajakku untuk pulang ke Eropah dengannya.
  • Kerana aku keseorangan, aku terpaksa tinggalkan kehidupan ini.
  • Sini, di Eropah, aku bersyukur dengan pakcikku yang sanggup memberikan duit, tempat dan sekolah untukku, walaupun rumah itu penuh dengan tiga baik anakya.
  • Ia mengambil masa yang lama juga untuk menstabilkan dan menyediakan diriku menghadapi dunia tanpa kedua-dua tuaku.

No comments:

Post a Comment