Monday, August 10, 2009

~Asri 4e3~

Pandangan mata aku tertumpu ke arah seorang warga miskin dengan anaknya, sedang meminta sedekah. Anaknya terbaring di lengan ibunya tenat dan layu. Aku teringat akan kedua ibu bapaku yang telah lama meninggalkanku. Aku membiarkan sejenak fikiranku menerawang. Aku terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran.Warga miskin itu boleh diwatakkan bagaimana aku melalui masa lampau dengan penuh kesedihan

Dahulu kehidupanku susah, setiap hari keluargaku berpuasa untuk mengelakkan dari menggunakan wang. Aku teringin sangat ke sekolah tetapi wang yurannya terlalu tinggi untuk aku. Ayahku tidak mampu untuk bekerja kerana dia mengalami penyakit barah yang serius. Dia juga tidak mampu untuk mengambil rawatan kerana kos pembedahan yang amat tinggi. Walaupun mereka dalam kesempitan wang mereka tidak pernah tergerak hati untuk meminjam wang dari pihak lain, mahupun keluarga sendiri. Ada juga jiran yang berdekatan menghulurkan bantuan dengan memberikan makanan dan pakaian. Namun perhubungan kami sekeluarga tidak lama.

Kami diusir keluar dari rumah oleh pihak bank kerana tidak bayar sewa rumah selama tiga bulan. Kami terpaksa berpindah ke pondok berdekatan. Penyakit ayahku semakin teruk dan dia kembali ke rahmatullah. Aku dan ibuku terpaksa redha dengan penentuanNya dan harus menjalankan kehidupan sebagai seorang pengemis.Aku terlihat ibuku sedang berbincang dengan seorang wanita yang anggun. Wanita itu menghulurkan wang yang banyak. Selepas itu aku disuruh oleh ibu tersayangku untuk mengikuti wanita itu ke dalam kereta mewahnya. Semenjak itu aku tidak pernah berjumpa dengan ibuku.

Aku dilayan, dijaga dan juga dicurahkan dengan kasih sayang yang berlimpahan oleh ibu angkatku. Aku juga hidup dengan selesa, tidak kekurangan apa-apa pun dan aku diberi pembelajaran yang cukup hingga kau ke universiti. Aku tidak pernah lupa untuk mengerjakan solat lima kali setiap hari. Setiap solat aku tidak lupa juga untuk berdoa kepada tuhan supaya ibu kandungku sihat untuk dia menyambung kehidupan seharian dan aku ingin berjumpa dengannya.Aku amat bersyukur akan keadaanku. Aku diberi layanan baik oleh ibukandungku. Dia sentiasa mengingatiku supaya jangan berdendam dengan ibuku kerana dia tidak bersalah. Ibuku menjualku kepadanya kerana dia terdesak untuk menggunakan wang untuk hidup. Namun ada sekali-kala aku berasa marah akan ibuku kerana dia sanggup tinggalkanku. Aku berharap sekali ingin bertemu dengannya.

Aku pernah termimpi akan aku terserempak dengannya ketika aku pulang dari kolej ke rumah. Pernah aku diejek di sekolah oleh rakan-rakan yang perangai macam setan.Aku tahu kasih sayang yang dilempar kepadaku tidak sama dengan yang dicurahkan oleh keluarga kandungku Aku mempedulikan ejekkan dan menekatkan diri untuk berjaya di dalam kehidupan untuk membalas jasa ibu bapaku walaupun mereka tidak dapat melihat dan merasai kejayaanku. Akhirnya aku berjaya menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan.Aku mengeluarkan wang sebanyak dua puluh ringgit dan menghulurkan bungkusan makan yang aku beli dari gerai Makcik Lintah untuk makan tengah hari nanti.

Namun aku terlihat wajahnya yang mirip-mirip seperti wajah ibu kandungku. Aku menanyakan kepadanya samada dia masih mengikati aku. Tekaan aku tepat, air mata yang bertakung di mataku mengalir dengan derasnya ke pipiku. Insan yang selama ini aku cari akhirnya aku temui juga.

No comments:

Post a Comment