Tuesday, August 11, 2009

~Yasmin 4e3~

“ Nak, jaga diri baik-baik ya. Kami akan selalu menyayangimu walaupun kamu jauh.” Itulah kata-kata ayah Hasni kepadanya yang hampir membuat air mataku mengalir. Hasni dan aku sepupu dan ibu bapanya telah menjagaiku sejak kecil lagi bila ibu bapaku meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan yang tragik. Kini, kami sudah berumur sembilan belas tahun dan akan ke Amerika untuk melanjuti pelajaran di California Universiti.

Walaupun aku amat rapat dengan keluarga Hasni, aku tidak dapat merasai kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Kadang kala, aku merasai bahawa aku adalah beban kepada mak cik dan pak cikku. Tetapi, aku tidak mempunyai pilihan lain. Keputusan untuk melanjutkan pelajaranku di Amerika juga adalah pilihan mak cik aku supaya aku boleh menjaga Hasni bila di negeri orang lain. Aku hanya mampu tersenyum dan mengikuti arahan mereka.

“Penduduk-penduduk di pesawat SQ 255 ke Amerika sila menaiki pesawat sekarang”. Pengumuman untuk kami menaiki pesawat pun diberi. Aku hanya mampu melihat air mata yang berlinangan daripada mak cik dan pakcikku sambil mereka memeluk-meluk Hasni. Kemudian, lamunan aku terputus. Aku teringatkan wajah ibu bapaku yang sedang bersenyum kepadaku. Aku tersedar bahawa aku sangat merindui kasih sayang daripada kedua ibu bapaku. Air mataku lalu menitis.

“Sarah! Jaga dirimu dan Hasni baik-baik ya.” Aku pun memeluk mak cik dan pak cikku. Tanpa disedari, aku dan Hasni telah lewat untuk menaiki pesawat kami. Kami pun berlari kerana takut ditinggal.

No comments:

Post a Comment