Tuesday, March 31, 2009

Friday, March 27, 2009

Minngu depan

Pada hujung minggu ini yang akan datang iaitu esok, saya dan keluarga saya akan ke pawagam untuk menonton filem '' Race To Witch Mountain'' di vivo city. Banyak-banyak perkara yang kami sekeluarga akan membuat. Selepas menonton wayang, kami merancang untuk ke Marine Bowl yang terletak di East Coast. Kami akan berbelanja agak-agak sebanyak $53 untuk main boling. Sesudah main boling, kami berasa letih dan lapar jadi kami makan di BANQUET di Simei. Makanan-makanan di sana amat enak sekali. Selepas pelbagai aktiviti pada hari ini, kita pulang rumah dan rehat.

Thursday, March 26, 2009

Minggu lalu[cuti sekolah]

Cuti sekolah yang leplas, saya asyik duduk di rumah, membuat kerja rumah saya(homework). Banyak betul kerja rumah yang diberi kepada kami pelajar. Saya duduk di rumah sahaja mebuat saya mendak gila. Saya pun tidak ada masa untuk keluar bersama kawan kerana dalam cuti sekolah juga ada jadual untuk tusyen saya. Saya ingatkan cuti sekolah sepatutnya ialah cuti sekolah yang betul. Setiap hari minggu, saya mengadakan tusyen . Sesudah tusyen, saya menonton filem'' Narnia, prince caspian'' di rumah saya besama keluarga saya.

Saturday, March 21, 2009

Hari Ahad

Saya telah selesai dalam 12 muka surat untuk dnt saya. Tiba-tiba malam ini, Asri sms saya yang fail-fail kami adalah kepada guru kami. Saya terkejut dan tiba-tiba saya teringat yang saya pun telah memberi fail saya kepada guru saya. Saya sudah berasa amat pelik kerana sia-sia sahaja saya membuat semula kerja saya ini tanpa bertanya kawan-kawan saya. Saya telah buat 12 muka surat dan apa yang saya harus buat ngan muka surat itu? Saya membezakan antara yang sekarang dan yang lama jika mana satu yang lagi baik dan bagus. Saya amat berterima kasih kepada Asri kerana dia telah mengingatkan saya. Jika dia tidak memberitahu saya, saya mungkin sudah buat habis membuat balik semua kerja yang sia-sia sahaja. Saya ini baru umur 16 tahun sudah mula melupa-lupakan banyak benda-benda macam saya seorang tua begitu.

Monday, March 16, 2009

Hari Sabtu

Saya tengah ada hati untuk membuat Dnt saya sebanyak sepuluh muka surat. Sedang cari Fail Dnt saya, saya teringat yang saya mungkin tertinggal fail itu di bawah sebuah blok. Hati saya mula terkejut kerana jika saya betul-betul terhilang Fail Dnt saya itu, peringkat 'o' saya untuk subjek Dnt akan hancur tanpa fail itu kerana fail itu adalah 70% markah. Setelah setengah jam mencari Fail itu, saya masih tidak dapat jumpa fail itu. Tanpa membuang masa saya,saya mengambil 20 keping kertas A3 dan terus membuat semula semua kerja yang saya telah buat dalam fail kelmarin saya.

Thursday, March 12, 2009

Sebuah Filem Yang Saya Pernah Tonton.


14 June 2007, Saya dan keluarga saya ke Suntec City untuk menoton wayang di pawagam bernama ENG WAH. Filem yang kami menonton adalah TRANSFORMERS . Filem ini tentang dua jenis kumpulan robot yang bermusuhan , DECEPTICON dan AUTOBOTS. DECEPTICON cuba menakluki bumi ini dan menunjukkan semua orang yang Decepticon adalah kumpulan robot yang paling kuat di seluruh dunia.Tanpa mendapatkan sebuah kubus yang mempunyai kuasa yang amat kuat itu, mereka tidak boleh dapat menang perangan ini. Kumpulan AUTOBOTS bekerja keras untuk menjaga kubus itu dengan hidup mereka sendiri. Seorang lelaki ini bernama Sam Witwicky. Dia mempunyai cermin mata arwah datuknya yang mengadakan sebuah kode untuk mengaktifkan kubus itu. Di bumi ini, Decepticon tiba ke darat lalu mencari cermin mata itu. Autobots pula tiba ke bumi untuk menjaga Sam bersama kubus itu daripada pengangan Decepticon.Apabila kedua-dua kumpulan robot telah tiba ke bumi, manusia menolong kumpulan Autobots untuk berlawan Decepticons hingga mereka mampus.Ketua Autobots ialah Optimus Prime dan ketua Decepticon ialah Megatron.

Akhirnya, decepticon gagal untuk mengambil kubus itu dari Sam bersama cermin mata itu.Autobots telah kehilangan satu robot askar dari kumpulan mereka iaitu Jazz.
Autobots telah berlawan dengan sepenuh kuat sekali dan Megatron telah dibunuh atas kebakaran kubus itu di dalam hatinya.Megatron dibuang ke laut sepenuh jauh dari darat kira-kira 2000 kilometers supaya dia tidak akan kembali ke darat untuk mulakan perang sekali lagi. Dua askar robot dari Decepticon melarikan diri lalu yang lain telah dimusnahkan.

Cerita ini adalah sebuah filem yang amat menarik kepada saya kerana tembakan dan perlawanan dalam cerita ini menarikan perhatian orang-orang yang melihat filem ini.