Tuesday, April 21, 2009

Surat Kiriman(sudah dibaiki)



Muhammad Shazrin Bin Ismadi
Toa Payoh Avenue 4
Blk 187 #O5-410
Singapura 520187

21 April 2009

Pengurus Sistic
Downtown East
Pasir Ris Dr 1


Tuan

Perkara: Aduan atas perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Saya menulis surat ini untuk membuat sebuah aduan atas perkhidmatan di situ yang tidak begitu bagus.
Minggu lalu, saya dan rakan-rakan saya pergi ke Downtown East untuk menonton persembahan David Archuleta yang terkenal. Kami mahu membeli tiket untuk persembahan itu. Kounter tiket itu terletak di luar.Kami cuba beratur untuk membelinya tetapi barisan itu amat panjang sekali.

Saya dapat tahu yang hanya satu kounter tiket yang dibuka.Lagi dua kounter telah tutup.Saya berasa hairan sambil tertanya-tanya mengapa kounter itu tutup apabila persembahannya ialah hari ini dan esok. Kami tidak mahu datang semula ke sini esok kerana kami telah penat datang daripada Toa Payoh ke Pasir Ris. Kedua-dua kounter yang tidak buka telah membuat kesusahan yang terbesar sekali.

Jikalau hanya satu kounter sahaja yang dibuka dan waktu yang menunjukkan persembahan akan bermula tetapi barisan tiket kounter itu masih panjang sekali,boleh menyusahkan orang-orang yang mahu menonton persembahan itu dan memakan masa yang amat banyak.

Saya menulis surat ini kepada tuan supaya tuan berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.Jika tuan membuat perubahan, lama-kelamanya tiada lagi aduan yang akan timbul. Saya akan menunggu balasan daripda tuan. Perhatian yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar

[Muhammad Shazrin Bin Ismadi]



No comments:

Post a Comment